18 September 2010

Negara hancur jika federalisme tidak dipatuhi

8 Syawal 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

TANAH MERAH, 16 Sept: Konsep federalisme hendaklah terus dipertahankan bagi memastikan kemerdekaan negara benar-benar menuju ke arah kematangan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, biar pun berlaku perbezaan fahaman dan ideologi politik di kalangan masyarakat semangat federalisme hendaklah diperkukuhkan.

“Konsep federalisme hendaklah dipatuhi biar pun ada perbezaan ideologi dalam kehidupan bermasyarakat.

“Kalau konsep itu tidak mampu kita patuhi, maka lambat laun negara akan menuju ke arah kehancuran,” katanya pada sambutan Hari Malaysia dan Jamuan Raya peringkat negeri di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Pelbagai program diadakan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat negeri termasuk perarakan motosikal berkuasa besar, perarakan Jalur Gemilang dengan diiringi pancaragam tentera.

Selain itu acara menaikkan Jalur Gemilang, tarian singa, deklamasi sajak dan gerai-gerai menyediakan pelbagai jenis juadah.

Ahmad juga berkata, agenda ummah hendaklah diberi perhatian utama dengan memperkukuhkan jati diri.

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum hendaklah sentiasa memelihara keharmonian dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Usaha yang baik hendak diteruskan bagi memastikan kehidupan ummah terus cemerlang,” katanya.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

Semua orang kata tidak adil, kalau konsep federalisma tidak diamalkan, termasuk juga pemimpin dan pengikut umno bersetuju konsep itu dipatuhi. masalahnya untuk dilaksanakan sangat berat bagi umno, sebab itu mereka mengamalkan demokrasi terpilih, federalisma terpilih, siasatan terpilih, pendakwaan terpilih, penghakiman terpilih (lihatlah kes rampasan kuasa di Perak, bagaimana penghakiman oleh mahkamah rayuan?,kes menteri besar, kes speaker, kes ketua kampong). Penyelesaian kes terpilih (kes memali). hinggakan beri bantuan subsidi kepada rakyat pun berpilih-pilih. Kalaulah umno/bn berlaku adil dalam semua hal, saya rasa 20 tahun yang lalu umno telah dikuburkan oleh rakyat negara ini.

Sebab itu mereka memilih kaedah kukubesi dan pengzaliman/ugutan untuk bertahan, hanya mengharapkan beberapa talian hayat saja yang memberi nafas sementara untuk hidup. YA ALLAH! LORONGKANLAH JALAN KEHANCURAN BAGI UMNO/BN, AGAR RAKYAT MALAYSIA BOLEH HIDUP DENGAN PERINSIP KEADILAN BERASASKAN ISLAM, AMIN!