18 September 2010

Autonomi di Sabah jika Pakatan kuasai Putrajaya

9 Syawal 1431H.

Impak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.

Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.

Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.

"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu,” kata Chin ketika dihubungi hari ini.

Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.

Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.

"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang,” katanya yang merujuk kepada PBS.

malaysiakini/-

3 ulasan:

cikgu Nizar berkata...

Anwar jangan membuat sesuatu yang boleh membangkitkan sentimen kenegerian, nak menjadi popular bukan begini caranya. Ini akan menyusahkan mereka sendiri kot2 la dapat menjadi kerajaan baru lepas PRU nanti

Awanama berkata...

Assalamualikum wbt. Syabas dsai kerana anda telah sedar bahawa rakyat sabah telah lama ditindas. Ini bukan sentimen kenegerian tetapi suatu kebenaran dan keadilan yang sepatutnya. Jika anda dalam kedudukan kami rakyat sabah anda akan faham penderitaan kami disebabkan hak kami sebagai bumiputra dirobek oleh parti yang rakus seperti BN. BN mungkin memberi kemakmuran kepada semenanjung malaysia tetapi sabah dipinggirkan. Mungkin dsai dikhianati adalah suatu petunjuk dari ilahi kerana beliau juga bersekongkol dengan BN suatu ketika dahulu....Setiap suatu musibah ada hikmahnya.
Wassalam.

anti united malay nut orgi berkata...

salam.
saya kurang setuju dgn cadangan yg di kemukakan oleh anwar ibrahim.saya harap beliau berbincang dulu dgn semua komponen PR sebelum apa2 keputusan di buat jgn main terjah jer.20 perkara itu seharusnya di patuhi oleh kerajaan pusat sekiranya PR ke Putrajaya.PR semestinya meletakkan org Sabah yg bukan korup utk memacu Sabah kelandasan yg betul.PR sudah hilang taring ker?Wilayah autonomi ni seolah2 org sabah itu adalah pemberontak seperti aceh indonesia jadi seharusnya beliau memikirkan perkara ini sedalam2nya.pakatan rakyat adalah kerajaan bayangan yg telus lagi berintegrity jadi jgn menidakkan kemampuan pakatan rakyat utk memrintah negara tercinta ini.bagaimana kalau negeri lain juga meminta autonomi seperti trengganu dan kelantan yg mempunyai khazanah yg lebih berharga?bagaimana?