30 Oktober 2010

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK HANTAR SURAT MOHON PENJELASAN MUFTI

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 28 Oktober :- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah menghantar sepucuk surat kepada Mufti negeri-negeri di seluruh semenanjung berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang masih meneruskan amalan khurafat dalam upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang berunsur syirik‏.

Amalan tersebut secara terang-terangan syirik dan menyalahi aqidah Islam, amalan tersebut bakal mengundang kekeliruan terhadap aqidah umat islam khususnya rakyat negeri perak dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Dalam surat tersebut DPPN Pk menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terlibat dalam upucara khurafat itu dalam program projek infra bina upaya (IBU) pada 17 oktober 2010 di kampong Guar, Manong .

Pada majlia tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.

Di dalam surat tersebut juga disediakan alamat sesawang bagi mengakses gambar di web Pemuda PAS Perak bagi tujuan penilaian oleh pihak Al Fadzil Sohibul Samahah iaitu di alamat web (Error! Hyperlink reference not valid. bahan video di alamat web berikut (http://www.youtube.com/watch?v=TT3vrpD3Les).

Pada kandungan akhir surat tersebut pihak DPPN Pk ingin menarik perhatian serius seluruh Mufti temasuk Mufti Perak di dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mereka agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut.

Pihak DPPN Pk berharap pihak Mufti dapat mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DPP Pk tak perlu jumpa mufti, sebab mufti boleh beri fatwa demi memelihara kesucian aqidah umat islam, dan mufti perlu jaga Agama Islam. Mufti boleh lakukan kalau dia mahu buat, tetapi kalau mufti jaga umno tentunya jadi masalah sikit. Berani ke mufti tegur MB (mufti bertaraf exco saja) wallahualam.

jamal k.t. berkata...

Mengape lambatnya tok Mufti teman keluar kenyataan. Kalau pihak PAS buat sesuatu yg tersentuh bab Melayu, cepatnya dia komen.
Aduh... sedihnya...

Tanpa Nama berkata...

mufti alfuluuus...