21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim
Berhubung dengan kempen menyerang calon PAS dan DAP yang cuba dimainkan dalam kempen BN di DUN Galas. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Pakatan Rakyat Perak membantah tindakan BN yang berkempen dengan menyerang calon PAS dengan tuduhan palsu bahawa calon PAS pernah ditangkap khalwat dan terbaru memperlekeh calon PAS dengan mengatakan Dr Zulkefli kelihatan obese.
2. Pakatan Rakyat Perak juga membantah dengan sekeras-kerasnya tulisan di banner dengan mengatakan sebagai merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".
Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama dan isu tersebut sudah lapuk.
3. Sekterariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa BN sudah tidak ada modal berkempen dengan memainkan isu yang sudah lapuk dan tidak relevan pada waktu ini .
4. Pakatan Rakyat Perak menaruh harapan besar kepada semua jentera PAS supaya terus berkerja kuat bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di N.45 DUN Galas dan semoga seluruh Jentera Pakatan Rakyat dapat terus berdepan bagi menangani tindakan kempen BN yang tidak bertamadun setiap kali pilihanraya.

1 ulasan:
saya ingin mencadangkan buat masa terdekat para blogger PR harus mengeluarkan artikel yang mendedahkan SEGALA KELEMAHAN BN tetapi artikel itu mestilah BERTITLEkan Perkataan Umno cthnya:-Kejayaan Mutakhir Umno...dsbg. tapi isinya mestilah sebaliknya.. dan haruslah diperbaharui setiap jam sekali..cth edit skit hantar..sekali lagi..ini akan membuatkan sebarang search engine akan memaparkan the latest articles..jadi kita dapat memanfaatkan..pemberian wifi kepada penduduk galas..tapi artikel mesti powerful, berfakta,bernas...
Catat Ulasan