07 September 2009

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sumber : Harakahdaily.


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dialog bersama UMNO yang nyanyuk.....

Anak Bugis berkata...

Salam.

Rasanya tak payah lah buat dailog lagi dgn puak juak umno ne.. dorang mana nampak kesilapan sendiri.. asik dorang je di pihak yg betul..

apa pun syabas diucapkan kepada kepimpian kerajaan Negeri Selangor yang mengambil pendekatan berhemah dan tidak mengikut rentak melayu umno keparat itu..

Tanpa Nama berkata...

menghormati hak penganut agama lain satu tajuk brbeza dgn pembinaan rmh ibadat..dua tajuk tu tak bleh disamakan..setujukah kita jk kita tak brsetuju pembinaan sst rmh ibadat agama lain dibina brhmpiran rmh kita maka kita dikata tdk hormat hak penganut agama lain?agak2 la kalau rmh ibadat bkn Islam dibina seblh rmh MB atau rmh tok mufti,agak2 diorang tu akan senyum ke?...fikir la....apparaaa....

leaflizard berkata...

mereka ni bukan reti dialog.. haha..

ngok...ngok..

Tanpa Nama berkata...

betul2..memang nyanyuk la UMNO ni...
Pelik2 ja... Merdeka mende tu???
Harap gah sahaja lanungn "merdeka" itu.. tapi ntah2... xdak kfhmn... huhu...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
Saya cadangkan buat banyak dialog lagi,ajak samseng2 umno tu pergi,ajak juga bangsa asing pergi,biar tenguk huduhnya perangai umno,cepat sikit depa kalah pilihanraya....
wallahua'lam.....
yang baik itu dari allah,
yang tak baik itu dari syaitan,umno dan barisan nasional.....

Tanpa Nama berkata...

If this is the standard of Islamic conduct, how to convince me to convert into your religion? I've always thought that Islam is the best religion.

Unknown berkata...

Hang pa aje betul....2x5

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Dissbkan nak kn skongan kaum lain, Pr snggup skong buat kuil. Pdn muka org shah alam. Skong lg puak2 ni.

Yg dhsytnya, ada yg snggup prtikai azan 5 kali sehari.

Apa komen pemuda Pas. Buat lah stment. Kalau la Umno msih brkuasa kat Sgor. Tak la jadi mcam ni.

Syg, kat Sgor la ni rmai budak2 kampung yg tak tau asl usul bangsa Mlayu.

Tanpa Nama berkata...

dengan amno,mana boleh bawak b,bincang.org bodoh sombong.bodoh tak boleh di ajar,cerdik tak bleh di ikut.orang macam ni bukannya nak perjuangkan agama tapi nak nama je.

Tanpa Nama berkata...

syg, btl 2 klu umno merintah xjd cmni.. tp sume kes dtg dri perintahn umno sblm nie.. ni ke yg perjuang agama n bagsa..sampi time org ln merintah baru nk nmpk..

melayu tak masuk syurga berkata...

Asal usul melayu ni bangsa yg paling byk kena jajah di atas muka bumi dan takde bangsa lain yg lebih byk kena jajah selain bangsa melayu (portugis, inggeris, belanda, inggeris balik, jepun, inggeris balik...) pastu buat claim melayu bangsa terbaik di dunia...claim silat melayu seni bela diri terhebat di dunia tapi penjajah berkali2 dapat jajah melayu, jepun masuk pun naik basikal je, mana pendekar2 melayu...cakap bagai nak rak...itulah sejarah asal usul org melayu...!

Pindah kuil boleh dibincang, tak pun dimuktamadkan lagi...bukan pembinaan kuil tu yg toleransi agama tapi yg arak kepala lembu hingga menimbulkan sensitiviti agama lain tu yg tak toleransi...pernah ke BN buat pertemuan dgn rakyat sebelum membuat sesuatu, sepertimana PR buat kat shah alam...!?

Tanpa Nama berkata...

askm,

kt same2 melayu nape nk gaduh2 buat malu jer...
india ni lalang la...lu pikir la sndr

Tanpa Nama berkata...

Dari segi adat perbincangan memang memalukan dan sangat2 biadab takkiralah dia umno ke, apake?. dan tentang pemindahan kuil itu memang
patut di kaji,sepaya tidak timbul ketidak harmunian di antara kaum dan agama .
juga diharap jangan sewenang2 nya pemindahan dilakukan tampa mengira sensitiviti penduduk setempat.

Tanpa Nama berkata...

En. DOl Kaki Rempit,
Mana satu yang lebih baik?
1) Membiarkan Kuil (sek 19) sejauh lbh/krg 20 kaki dari rumah ke? - semasa UMNO memerintah
2) Atau pindahkan kuil tersebut (sek 23)lbh/krg 600 kaki dari balai raya? - PR memerintah
Mana satu yang lebih baik?
Tolong jawab....

Tanpa Nama berkata...

Setahu teman le, orang yang imosi dalam bercakap ni, dan mencemuh orang itu adalah sebenornya manusia yang tidak beres dalam amalan hidupnya.Tambah-tambah pulak di bulan Al-mubarak.

Tanpa Nama berkata...

Nama sedap..Haji Azmir... Tapi perangai Huih macam...tutttttttt. tak mau cakap bulan puasa ni.

Tanpa Nama berkata...

nama hj azmir tp perangai ikut perangai syaitan... lg2 pulak bulan ramadhan.. itu bukan hasutan syaitan tu diri sendiri yg syaitan..hahaha
Itu semua mungkin org kuat pakida la tu.. Org2 ni sng dibeli sbb kebykknnya org susah..opss orng malas keje..
JGN MARAH HJ AZMIR.. chk alamat rumah tgk betol ke ddk Sek. 23

Abdullah Ngah berkata...

Tengok pada gaya pada majlis dailog itu sah dah kerajaan PKR Selangor akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kita tidak tahu mengapa boleh jadi begitu. Mungkin orang yang hadir pada majlis dailog itu terdiri daripada yang guna hawa nafsu belaka.

Yang menuntut pasti guna nafsu manakala yang membangkang juga guna nafsu. nafsu nafsi, mu, mu aku, aku kau, kau.

Itulah yang saya nampak.

Dulu_umno berkata...

cittt, orang yg dok bising2 tu wa ingat sembahyang pun tak pernah pi masjid.Konon2 sensitif sangat dgn isu kuil ni.pirahhh mangkuk tingkat umno.Wa ingat hipokrit la tu.Sepatutnya mangkuk tingkat umno ni kena malu pada puak hindu kerana depa begitu bersemangat dan jujur merperjuangankan rumah ibadat mereka.Bukan cam mangkuk tingkat umno ni, surau kena roboh buat dekk aje, kuil nak kena pindah riuh satu malysia.

ayah dol rempit berkata...

ape la dol matrempit ni melalut... yang lulus kuil batu cave PR ker? buat patung besar2 kat batu cave PR ker.. inilah org yang tak ber'agama', islam pada kulit, macam nk aziz ckp islam plastik.. umno punya banyak gereja dan kuil ko buat tapi tak jom heboh satu malaysia. itu hak mereka untuk beribadah, kalau macam ni cara umNO.. NOOO la selamanya2, tak pandai berdebat, tau cakap mulut kasar... itu lah hj azmir meang sorak kampung tergadai, kerana mulut dia hem tunggu kerajaan malaysia Milik Pakatan Rakyat. umno Be End akan tergadai.... cakap tak serupa bikin takde fakta, kono mempertahankan islam, tp memusnahkan org islam, abis india cina tgk mcm ni ka islam... nasib baik dia org umno so org cina dan india sudah tau islam itu yang di ajar oleh trok guru... bukan islam umno... islam plastik, keran sebuk dengan melayu die jadi la diorang mcm org US, perkauman. aleh2 obama menang TAKBIR..... org kulis hitam yang didiskriminasikan tu jgk yang mng...

Tanpa Nama berkata...

sila lihat jejak rasul 15, disbbkan tolenrasi Islam menawan Jerusalem, sebuah gereja dihadiahkan kpd Sultan salahudin dan akhirnya menjadi madarasah Islam yg terkenal. di spain, umat islam masih dibenarkan masuk ke cardoba dan boleh berdoa Pernah terfikir bgmn anak2 kita yg belajar di sekolah katolik di M'sia..tak sapa bantah turunkan salib di classroom dan chapel lebih besar dr surau dan bersebelahan? sepanjang saya bersekolah, tak ada sapa2 bantah pun(sekita r awal 80 an) tapi akhirnya pihak sekolah akur melihat tolenrasi pelajar Islam dan akhirnya pelajar Islam dibenarkan beribadat dalam tempoh 10 minit dan bertudung. Dan kadang2 kami masuk chapel kerana class di dalam chapel. apa yg penting Islam kena hormat org lain, tanamkan sabar, Insya'Allah org bukan Islam akan lebih menghormati kita. bayangkan bgmn seorang yg convert Islam masih blh beribadat dalam rumah keluarga yg dipenuhi patung berhala? yh penting niat kerana Allah. Bygkan rakyat kita yg bermusafir di luar negara, solat di jalanraya tepi highway, x pernah ditempelak oleh rakyat asing, bahkan mereka senyap dan memegang kuat tali anjing peliharaan mereka. di uk dan europe hampir semua univerisiti ada masjid yg dibina berdekatan dengan church. waktu kita solat..mereka senyap sbb kita tolerate dgn mereka....fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

agak malu melihat keadaan yg berlaku...pernahkah terfikir apabila kita memijak kepala lembu, kita seperti memijak tubuh kita sendiri sbb org india tak makan daging lembu..tapi kita org islam makan, lembu makan ikut mulut kan. hormatilah haiwan wpun haiwan tiada akal..anak2 kita bg minum susu lembu jugakkan..patutnya kepala lembu itu ditanam sbb sekiranya dibiarkan menjadi bangkai dan boleh mendatangkan mudarat. ini tidak diseret bukankah darah lembu itu najis yg tergolong dlm benda yg x boleh dibawa dlm solat. Islam mengajar kpd kebersihan bukan kekotoran.

cuba lihat jejak rasul15, sebuah gereja dihadiahkan kpd tentera Islam yg menawan Jerusalem oleh ketua gereja kerana kebaikan tentera Islam terhadap penduduk yg bukan beragama Islam. kemudian gereja itu bertukar menjadi madrasah di kelilingi kelompok penduduk kristian.
dulu anak2 yg bersekolah katolik terpaksa masuk gereja, dilarang pakai tudung(era 70-80 an). Tapi kerana tolenrasi yg ada pada pelajar Islam mereka dibenarkan beribadat dlm surau sebesar stor dibelakang chapel sekolah. Tak ada sapa yg membela mereka.
kalau di europe, byk universiti dan tempat awam yg ada masjid wpun kedudukan bersebelahan church..tapi bangsa asing tak heran malah mereka hormat lagi ada.
bila travel, solat atas jalan, bangsa asing x marah tapi diaorang parking jauh sikit dan bawa jauh2 anjung mereka.
dulu masa kecik mak saya selalu cakap, seorang pergi haji, org nye baik, x cepat marah kerana dia terpilih menjadi tetamu Allah.
cuba lihat bgmn Nik Aziz berkata sgt jauh berbeza dgn haji yg sorang nie. penuh hemah tapi ada makna wpun ditekan. tapi haji sorang nie...kalau depan kita baran begitu, x mustahil begitu juga dia dlm kehidupan peribadinya
hati2 lah wanita dgn haji nie...bukan calon terbaik sbg suami dan ayah pembimbing ke arah akhirat.
lihatlah sj bapa saudara Rasullullah, yg menjaga baginda wpun tidak memeluk Islam kerana baginda hormat padanya.

IRON MASK berkata...

oooo...depa semua yang datang tu dari S23,,,,tapi mengaku bukan ahli umno atau penyokong umno......nanti minggu depan...depa akan isi borang nak masuk pas.....so...kepada pihak pendaftar PAS.....copy gambar gambar depa yg melolong mmcm anjing kat dlm dewan tu....kot kot nanti depa bawa bprang nak masuk PAS.....tok sah terima laaaa....depa dah tunjukkan keboblokan depa.....

IRON MASK berkata...

senang cerita....kumpulkan geng yang membantah tu.......bawa depa ke rumah yg paling dekat dgn tapak cdgn kuil tu......dan tgk la....jauh atau tidak....kalau depa kata dekat lagi....susurh depa jalan atau lari....berapa lama masa yg depa ambil utk pi sana dan balik sini......

Tanpa Nama berkata...

jgn la gado2....kitakan sesama melayu... diaorang marah sbb kuil akan dibina hampir dgn rumah diaorang, kuil hindu ni lain sikit baunya... dgn sami2 yg pakai abu mayat kat kepala...kan susah tu...kita kena fahamla masalah diaorang...mmg la diaorang akan mrh... kan bgs da kuil hindu tu akan dipindahkan.....

p/s:jgn la ada yg komen guna perkataan yg kurang sedap didengar..kan kita membawa nama parti...