07 September 2009

Koleksi resipi ikan

Email oleh : Zamri Kecik's

Resepi Ikan Haruan Kukus


Resepi Ikan Haruan Kukus
-sesuai untuk wanita dalam pantang

Bahan-bahan:

500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Resepi Tandoori Ikan


Resepi Tandoori Ikan
(Tandoori Fish recipe - Click here for English)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal (anggaran 1 kg) — Buang kepala dan ekor
6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh serbuk kunyit
Perahan jus dari sebiji lemon
4 sudu makan yogurt biasa
2 titik pewarna merah
Sedikit minyak sapi, buah pelaga dan serbuk cili

Cara penyediaan:
1. Kelar kedua-dua belah ikan, lumur keselurhan ikan dengan jus lemon, dan perap selama 10 minit.
2. Tumbuk jintan putih dan bawang putih. Satukan bahan yang telah ditumbuk dengan yoghurt, serbuk kunyit, garam dan pewarna.
3. Lumur ikan dengan bahan-bahan tadi dan perap lagi selama ½ jam.
4. Bakar atau salai ikan atas dapur arang. Lumur minyak sapi dan taburkan buah pelaga yang telah ditumbuk dan serbuk cili.


Resepi Ikan Siakap Kukus Mudah



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.


Resepi Ikan Sumbat Walnut Bakar


Resepi Ikan Sumbat Walnut Bakar
(Baked Fish Stuffed with Walnuts Recipe – click here for English)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz besar, bersihkan dan lap dengan kain bersih atau tisu untuk keringkan

Bahan sumbat:
1 bawang besar, cincang halus atau tumbuk
1 ½ cawan walnut, tumbuk
1/3 cawan isi buah delima masak
1 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada

Bahan perisa:
½ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada
½ biji jus lemon

Cara penyediaan:

1. Lumur bahagian dalam dan luar ikan denagan garam dan serbuk lada.

2. Untuk bahan sumbat. Masukkan bawang besar di atas penapis dan tekan untuk buang jusnya. Masukkan bawang,walnut, delima, garam dan serbuk lada ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata. Rasa, tambah garam jika kurang masin mengikut citarasa.

3. Panaskan ketuhar 350F (180C).

4. Isikan bahan sumbat ke dalam ikan hingga penuh dan padat.

5. Semat pencucuk lidi pada ikan untuk mengelakkan bahan sumbat dari terkeluar.Letakkan ikan atas kertas bakar aluminium dan lumurkan ikan dengan jus lemon. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45 minit atau sehingga ikan menjadi keperangan dan masak.

6. Susun ikan yang telah masak di atas pinggan hidangan. Buangkan penyemat lidi dan hiaskan dengan hirisan lemon.


Resepi Ikan Bawal Kukus (chinese style)


(Steamed Pomfret Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih saiz sederhana
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan tapi jangan buang ekor dan sirip.
2. Kukus ikan sehingga masak.
3. Panaskan minyak jagung dalam kuali dan masukkan kicap cair. Kacau rata.
4. Curahkan kicap tadi ke ke atas ikan.
5. Letakkan ikan ke dalam pinggan leper dan taburkan garam dan lada sulah.
6. Hidangkan panas-panas dengan potongan daun bawang dan cili sebagai hiasan.


Resepi Sup Bebola Ikan



Resepi Sup Bebola Ikan
(Fish Ball Soup Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

300 gm ikan tenggiri
1 sudu teh tepung ubi
1 ½ sudu the garam
150 gm sawi
10 jalur so hoon
1 sudu teh jeruk kobis
4 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih — cincang
5 cm halia — hiris
1 sudu makan kicap
Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:

Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam.

Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit.

Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan.

Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan.

Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.

Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan. Goreng selama 2 minit. Masukkan 4 cawan air dan ½ sudu teh garam. Renehkan selama ½ jam.

Tapis kuah sup ke dalam periuk lain. Panaskan. Masukkan bebola ikan yang telah dibuat tadi.

Setelah mendidih, masukkan sawi, so hoon dan jeruk kobis. Biarkan mendidih seklai lagi.

Tutup api, masukkan kicap, garam dan lada sulah secukup rasa.

Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang putih goreng yang disediakan awal tadi.

Selamat mencuba.


Resepi Ikan Bakar


Resepi Ikan Bakar
(Grilled Fish Recipe (Malaysian Style)- click here for English)

Bahan-bahan:

Ekor ikan kembong — siang dan bersihkan

Cicah:
2 cili merah – hiris nipis
2 cili hijau/ cili api - hiris nipis
3 bawang merah - hiris nipis
Belacan sebesar ibu jari — bakar dan hancurkan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Bakar ikan atas bara arang sehingga masak kedua-dua belah.
Sediakan cicah. Campurkan kesemua bahan cicah dan kacau hingga rata. Rasa masin dan manis ikut citarasa.

Hidangkan bersama nasi atau begitu sahaja.

Selamat mencuba.


Resepi Kari Ikan (Tenggiri)


Resepi Kari Ikan (Tenggiri)
(Fish Curry Recipe (mackerel)-click here for English)

Bahan-bahan:

4 keping ikan tenggiri
2 biji tomato – belah 4
5 kacang bendy
4 bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai lada hijau
2 sudu teh serbuk kari – bancuh dengan 2 sudu air
2 cawan santan pekat – dari sebiji kelapa
½ cawan jus asam jawa
1 tangkai daun kari
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Masukkan daun kari.
3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan tomato, bendy, dan jus asam jawa. Masak selama 10 minit.
5. Masukkan ikan dan biarkan mereneh buat seketika. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.


Resepi Ikan Masak Sambal


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan kembung/ ikan selar (bersihkan)
garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk ikan goreng)
8 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit belacan
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
Goreng ikan hingga masak kedua-dua belah. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Tumis semua bahan tumbuk dan belacan hingga naik bau. Masukkan cili dan asam keping. Masukkan garam dan gula. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.

Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi Ikan Siakap Kukus Bersama Tomato


Bahan-bahan (Untuk 2-3 orang):

1 ekor ikan siakap kecil
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 cm halia - dimayang
2 biji bawang besar - dihiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
2 tangkai daun sup - hiris
1 biji limau nipis
1 biji buah tomato merah - dipotong bulat-bulat
6 tangkai cili akar (cili api saiz besar)
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Bersihkan ikan. Lumur ikan dengan garam dan gula. Letakkan di atas pinggan kukus.
Tabur halia, bawang putih, bawang besar, cili, tomato dan tuang kesemua sos pada ikan.
Perah limau nipis pada keseluruhan permukaan.
Kukus selama 15 minit/sehingga masak.


Resepi Sandwich Tuna


Bahan-bahan:

5 keping roti
1 tin tuna
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 tangkai cili merah dihiris
3 biji limau kasturi
1 batang timun, dihiris
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun saderi
Sedikit serbuk lada sulah

Cara penyediaan:

Masak tuna seketika di dalam kuali.
Masukkan bawang besar, cili, daun sup, daun saderi, perahan limau kasturi dan lada sulah. Gaul rata.
Potong roti mengikut saiz yang disukai. Kemudian letakkan hirisan timun di atasnya.
Letakkan tuna di atas hirisan timun tadi dan hiaskan dengan hirisan cili merah.
Sedia untuk dihidangkan.


Resepi nasi himpit serunding ikan


Bahan-bahan

2 bungkus ketupat nasi
100 gram kelapa parut
5 ekor ikan kembung
125 ml santan pekat
1 sudu besar lada hitam
2 labu bawang besar
4 batang serai
Garam dan gula

Penyediaan

Rebus ketupat nasi hingga masak.
Kelapa disangai hingga kekuningan dan ditumbuk.
Bawang dan serai dikisar.
Tumbuk lada hitam.
Asingkan isi ikan kembung dan hancurkan.
Campurkan kesemua bahan serunding ikan dan kacau rata.
Masak kesemua bahan dengan api sederhana hingga agak-agak kering.
Hidangkan dengan nasi himpit.

Resepi ikan siakap goreng dengan mangga muda ~ Resepi Thai

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
Garam dan serbuk kunyit secupnya (untuk goreng ikan)
½ biji mangga muda (disagat)
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
2 biji bawang merah (dipotong kecil)
1 sudu makan sos ikan
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:

Goreng ikan siakap dan ketepikan.
Tumiskan cili padi, bawang merah, sos ikan dan jus lemon. Tuangkan ke atas ikan siakap goreng tadi bersama mangga yang telah disagat.
Sedia untuk dihidangkan.


Resepi Pasta Sos Salmon Lazat


Bahan yang diperlukan:

150 gr penne pasta, rebus
100 gr fillet salmon, potong-potong
50 ml double cream
10 gr bawang putih, ketukketukkan
20 gr bawang besar, potong agak halus
10 gr daun bawang, potong-potong
10 ml minyak zaitun
- - Garam secukupnya

Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi. Masukkan potongan salmon. Tambahkan double cream dan garam. Aduk rata. Masukkan penne pasta. Aduk rata.
2. Angkat dan sajikan di piring. Tabur potongan halus daun bawang di atasnya (jika suka). Sajikan hangat-hangat dengan sos cili atau tomato.


Resepi IKAN CINCARU TOMATO

2 ekor Ikan cencaru
6 biji - Buah tomato
- Lada boh cap lada
- Garam dan serbuk perasa
1. Ikan dibersihkan dan dibelah dua.


2. Buah tomato dipotong kecil dan digaulkan bersama lada boh, garam dan serbuk perasa.
3. Kemudian sumbatkan pada ikan yang dibelah tadi. Diperap seketika.
4. Panaskan minyak dan goreng.
5. Ikan disajikan dengan nasi panas.


Resepi IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS

1 ekor Ikan kerapu
30 gm Buah tomato (dihiris)
5 gm lobak merah (dihiris)
5 gm Lada merah (dihiris)
5 gm Halia (dihiris)
50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris)
60 ml Minyak bijan
50 ml Sos Tiram
40 gm Daun ketumbar
10 ml Kicap cair
1 sdt Madu
½ sdt Garam

1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.


Resepi Ikan Bawal Pedas

Bahan:
500 gr bawal, bersihkan, kerat ekornya
1 sdm jus limau nipis
1 sdt garam
200 ml air
- - minyak goreng

Paste:
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api merah
5 bh bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdt garam

Cara Membuat:
1. Lumuri ikan dengan garam dan jus limau nipis, diamkan sebentar. Panaskan minyak, goreng bawal hingga kering dan masak, angkat, toskan.
2. Panaskan minyak goreng, tumis paste hingga harum. Masukkan air, masak hingga mendidih, masukkan ikan bawal, masak hingga masak dan bumbu meresap. Angkat dan sajikan.

Untuk 4 orang


Resepi Bawal Bakar Bijan

Bahan:
2 ekor ikan bawal hitam
1 buah limau nipis, ambil jusnya

Bahan perap:
2 ulas bawang putih, parut
½ cm halia, parut
1 sdm minyak sayur
½ sdt minyak bijan
1 sdm kicap manis
1 sdt biji bijan
1 sdt garam

Cara membuat:
1. Siangi ikan bawal, potong masing-masing menjadi 2 bahagian. Kerat-kerat kedua sisi badannya.
2. Perciki ikan dengan jus limau hingga rata.
3. Toskan ikan, lumuri dengan bahan perap kedua sisinya.
4. Perapkan selama 30 minit agar bahan perap meresap.
5. Bakar atau panggang ikan hingga kedua sisinya kering dan masak.
6. Angkat dan sajikan panas.

Untuk 4 orang


Resepi Bawal Bakar Tabur Bijan

Bahan :
1 ekor ikan bawal ukuran 500 gr
1 sdm jus limau nipis
1 sdt garam
2 sdm bijan bakar untuk taburan

Penumis :
2 ulas bawang putih
1 buah bawang merah
1/2 sdt lada
2 sdm kicap manis
1 sdm marjerin untuk menumis

Sos kicap :
3 sdm kicap manis
3 buah bawang merah, potong dadu
3 ulas bawang putih, potong dadu
5 buah cili api merah, dihiris nipis
1/2 sdt bijan bakar

Cara membuat :
1. Bersihkan ikan, buang insang dan isi perutnya, rendam dalam jus limau nipis dan garam selama 10 minit, angkat, toskan.
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan lada. Tumis bahan penumis dengan marjerin hingga harum.
3. Campur tumisan dengan 2 sdm kicap manis, kacau rata. Oles ikan dengan bahan yang telah ditumis.
4. Bakar ikan hingga masak sambil terus disapu dengan bahan yang telah ditumis. Setelah masak, taburi dengan bijan bakar.
5. Sos : campur semua bahan, kacau hingga rata.
6. Hidangkan bawal bakar dengan sos kicap.

Untuk 2-3 orang


Resepi Bistik Daging Cincang

Bahan:
250 gr daging cincang
2 lbr roti tawar
1 bh bawang besar, cincang halus
2 btr telur ayam
50 gr marjerin
1/2 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada
1/4 sdt serbuk buah pala
100 gr marjerin untuk menumis daging
100 ml air

Cara membuat:
1. Campur daging cincang dengan roti tawar, ramas-ramas sehingga roti hancur dan tercampur rata.
2. Tambahkan bawang besar, telur, marjerin, garam, lada, dan pala, kacau rata, bagi menjadi 8 bahagian, bentuk bulat pipih.
3. Panaskan marjerin, masukkan bulatan daging, bolak-balik sehingga berwarna kecoklatan. Masukkan air, kecilkan api, masak sehingga mendidih dan daging masak.

Untuk 4 orang

1 ulasan:

Restoran Adam Lai berkata...

Pandainya Drs Khalil Idham Lim memasak :)