KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.Demikian seperti dilapor oleh Mstar.
Peguam Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketigatiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketigatiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.
"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.
Dalam hujahnya, Ambiga berkata bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Feb 2009, SPR telah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketigatiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.
"Setelah menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan telah berlaku, SPR telah membuat keputusan bercanggah bahawa ketigatiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.
Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.
Beliau juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said.

13 ulasan:
SPR kan BN juga, macam SPRM dan lain-lain lagi......
SPR nak jaga UMNO yang dah nyanyuk dan banyak penyakit, tak macam mula UMNO dulu tak banyak pantang larang... sebab tu perlu kapal selam...
bila kuasa ececutive menceroboh mahkamah dan bila masing2 jaga periuk nasi, tugas spr, sprm, pdrm semua jadi pengampu ..
BETUL TU.. SPR ADALAH BE-END DAN BE-END ADALAH SPR. CUMA SPRM JE BAPAK LAIN, SEBAB KAWIN DGN UMum-NO....
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Salam perkenalan kepada Ustaz30 Bandar Baru Selayang, Tok Siak, X Pol KL, Schumacher, Wahab Pandan Indah, Yus Pantai, Ijan Damansara, YUPR, Deeroy, Teko Ajaib dan MERC E240.
Tidak lupa juga kepada Zaidi Othman Klang, Rakyat Kecewa, Atie’63, Helmi Yahya Subang, Jason, Scorpion dan ramai lagi kenalan yang sering menghantar nukilan-nukilan mereka ke ruangan “interaktif@SINAR” di akhbar Sinar Harian edisi Selangor.
Jika ada diantara anda semua sedang melayari blog ini, di sini saya sertakan alamat e-mail saya untuk kita bertukar-tukar topik atau apa-apa maklumat; zen7t6@gmail.com atau zen7t6@yahoo.com. ZEN
Salam ustaz saya copy paste ustaz punya ni..
Yang jelas SPR memang tidak profesional dan berpihak.. dan saya percaya spr akan mengumumkan tarikh prk di bagan pinang pd hari cuti bagi memudahkan pengundi .. hehehe
spr....sama parti rasuah
spr,,,,sama parti rasuah
SEBENARNYA UMum-NO DAN SPR NI, DAH PLANT NAK BUBAR DUN PERAK JIKA BE-END MENANG PRK PERMATANG PASIR. TGK2 KALAH UTK KESEKIAN KALINYA... MUYUDIN DAH BAGI BAYANGAN 2-3 HARI YG LEPAS, DIA KATA "JGN UNGKIT CERITA PEMBUBARAN DUN PERAK LG". MAKNANYA; KLU BE-END MENANG KAT PERMATANG PASIR HARI TU, ADALAH CERAH HARAPAN UNTUK DIBUBARKAN DUN PERAK. SBB BE-END ADA KEYAKINAN UTK MENANG DI DUN PERAK JIKA KEADAAN SEMASA PRK TERSEBUT MEMIHAK KPD BE-END. APA2 PUN, SAMA2 KITA TUNGGU KEPUTUSAN PRK DI BAGAN PINANG INI NANTI. KLU PR MENANG JUGAK, KITA TUNGGULAH PRU-13 UTUK AJAR BE-END DAN UMum-NO NI.....
kalau spr bersalah,mengapa didiamkan saja,bukan
kah sepatut nya pr hantarkan mereka kemuka peng
adilan sekurang2 rakyat lebeh peranan mereka
selama ini sebagai pencetus kpd fitnah dan ketidak setabilan politik diperak dan malaysia am nya.
spr ikut telunjuk umno rakyat dah hilang kepercayaan sayonara umno
moga-moga hakim yang mengadili kes ini akan berlaku adil berdasarkan undang - undang yang telah termaktub. Sempena keberkatan Ramadan, sama - samalah kita berdoa supaya kes ini berjaya dimenangi oleh Speaker yang sah/kerajaan negeri yang sah. Yang pasti mereka x dapat melaksanakan tanggungjawab kerana telah membuat rampasan kuasa. Jika berlaku 3 kekosongan kerusi, insyyalah kebenaran akan terserlah.
Catat Ulasan