07 September 2009

Dakwah pd non muslim: Sudilah apa kiranya .... kita bersama mempertahankan akidah dan memperkasakan saudara baru

Mohon maaf mengambil masa sedikit memberikan sedikit tazkirah untuk diri sendiri dan untuk semua.

Ikhwah dan akhawat sekalian Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat yang terlalu banyak. “Dan jika kamu membilang-bilang nikmat Allah itu, sudah tentu kamu tidak akan dapat kamu mengira semuanya…” dengan nikmat itu datang tanggung-jawab.

Jauh lagi sebenarnya perjalanan kita untuk menginstitusikan usaha membantu saudara-saudara baru di Malaysia ini. Kalau HC kita telah Berjaya membantu lebih seribu orang saudara baru sehingga kini, perjalanan masih jauh. Jumlah orang yang memeluk Islam di Malaysia mencecah 10,000 orangs etiap tahun. Dari jumlah ini berapa ramai yang masih terbiar dan tidak tercapai kerana kekurangan kita dari sudut sumber manusia dan dana.

Di Sabah contohnya, saya diberi Allah SWT satu peringatan dahsyat apabila melihat satu masjid disebuah tempat tinggi di sebelah Gunung Kinabalu. Indahnya suasana tetapi yang amat menyedihkan ialah ia terbiar sehingga dikotori dengan najis lembu. Masjid tersebut dulunya tempat orang yang masuk Islam tetapi telah ditinggalkan kerana penganut Islamnya sudah meninggalkan Islam dan ada yang sudah meninggalkan tempat tersebut. Saya terus memikirkan apakah Hidayah Centre boleh berperanan mengambil cabaran memakmurkan masjid tersebut dan menjadikannya markaz HC disitu. Apakan daya segala usaha perlukan sumber manusia dan dana, sehingga kini saya masih memikirkan bagaimana untuk melaksanakannya…

Disemenanjung saya masih lagi berusaha menyumbang tenaga membantu memulihkan pemohon murtad di Negeri Sembilan dan Selangor yang jumlahnya bertambah saban tahun. Ramai darinya dari kalangan saudara baru yang telah terbiar sekian lama, kemudian memohon untuk keluar dari Islam. Saya yakin kalau mereka masuk Islam di tempat seperti Bukit Beruntung, mendapat perhatian akh Kamarul Zaman dan HC disana, mungkin mereka tidak akan terbiar dan terus dipertahankan Islam mereka. Mungkin boleh pula sehingga mereka dapat diperkasakan dan membantu pula dalam dakwah Islamiah dan memberi sokongan kepada saudara baru yang lain.

Sudilah apa kiranya ikhwah dan akhawat bersama menjayakan MIPHC pada tahun ini. Sasaran masih jauh, dari 100 meja setakat ini baru 31. Sasaran meja RM 5k belum ada dan RM 3k baru satu. Marilah bersama mempertahankan akidah dan memperkasakan saudara baru melalui usaha ini.

Moga Allah memberkati hidup antum, memberikan Ramadhan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan darNya.

Wassalam,

Muhammad Nicholas
nicholas.sylvester@gmail.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah...