Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.
Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.
Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.
Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.
Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.
Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.
Perbincangan hampir dua jam itu tidak berjalan lancar apabila penduduk sering menyampuk dan mempertikaikan penjelasan yang diberikan. Hanya kedengaran bunyi bising dan ungkapan tidak puas hati seperti "tipu", "kamu mahu keputusan" dan "ya atau tidak?".
Ia bermula apabila penduduk enggan membenarkan Khalid Samad berucap kerana didakwa tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa.
Mereka juga enggan mendengar penjelasan lain dan menuntut Khalid Ibrahim membuat
keputusan segera sama ada untuk mengekalkan cadangan itu atau memindahkannya ke tempat lain.
Apabila majlis dibuka kepada soalan, kelihatan rata-rata penduduk Melayu mendominasi sesi itu bagi melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwanya sebelum ini lambat memberikan respons untuk berbincang.
Ketegangan itu dilihat sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk setempat beragama Hindu yang tampil memberikan cadangannya, hampir dibaling dengan kerusi.
Bercakap soal toleransi kaum, R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam.
"Kita boleh terima azam lima kali sehari," katanya, disambut bantahan besar hadirin dalam majlis itu yang bangun dan menjerit beliau berhenti berucap.
Terdapat beberapa orang penduduk menghampiri beliau dengan keadaan marah, tetapi kira-kira 30 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berjaya mengawal keadaan.
Ucapan akhir Khalid Ibrahim bagaimanapun sedikit sebanyak menenteramkan keadaan, walaupun masih ada yang tidak berpuas hati.
"Minta semua bertenang. Selepas ini tidak ada perbincangan lagi. Tidak ada lagi soal berbangkit pasal Seksyen 23 lagi," katanya sambil mendakwa faham perasaan penduduk, walaupun disuarakan dengan cara yang "tidak tertib sangat".
13 ulasan:
Rapuh juga perpaduan rakyat kita. Hal sebegini perlu ditangani secara bijak, jika tidak PR akan gagal mengekalkan dominasi pemerintahan di Selangor.
patutnya bagi la peluang berdialog secara baik.. berlapang dada.. ini tak, main celah, main hentam kromo.. nak suarakan ketidakpuasan hati ada caranya..bukan dgn cara tunjuk samseng..puak2 ni yg patut kena halau dari dewan..buat malu org Islam je.. tak menunjukkan tauladan yang baik
Muka diaorang ni memang muka orang tak puasa apatah lagi solat, senghaja bikin kecoh kat majlis dialog yang bermanafaat ni. Jangan nak bikin kuil atau tokong cina dekat kampung dia, nak bina masjid kat sana pun mereka tak setuju. Berapa ramai orang muslim dalam lingkungan usia 18-35 tahun mahu kan masjid dibena berdekatan dengan rumah dia? mungkin tak ada.. Macho pakai cap 1Malaysia tu, act aja 1 malaysia tapi bantah kaum india dia yang terror...memang orang UMNO dah dia tu..
org yg bising bising tu mcm di upah je.. untk gagalkan program tu.
umno mwenjadi dalang, kan najib kata nak ambil selangor sangat-sangat... KD Altantuya
kecoh sejak kepala lembu lagi, bila UMNO buat, undang-undang halal, bila pakatan rakyat, undang-undang haram.... tolak BN
cadangkan buat sementara waktu setelah 20 tahun tidak dipedulukan kerajaan BN selama ini, kita cadangkan agar dibuat tembok pemisah diantara rumah penduduk sek 19 dengan kuil. paling kurang , tidak lah buka pintu rumah je...terus nampak kuil. walaubagaimana pun kita sesama kauam di Malaysia nie perlu hormat menghormati. Syabas kepada PR kerana berusaha menjaga keharmonian rakyat selangor khususnya dalam menangani situasi ini.
50 tahun lebih dah kuil hindu bersepah di negara ini. aku bagi contoh, dr shah alam ke kg aku di perak. ko org percaya tak, dlm perjalan tu aku perhatikan, aku nampak selang 2 atu 3 kuil hindu, baru la nampak 1 je masjid. bila sampai negeri perak tu jgn cakap la.. kuil hindu tu bersepah mcm cendawan tumbuh selepas hujan... 50 TAHUN BEB.....
aku tak tau kenapa depa pi maki khalid.Dah la maki mencarut pun ada. bro hormatilah bulan ramadan. Marahpun ada batas. Bukan semua orang umno setuju cara hampa buat lagutu. Maki maki bukan cara orang melayu islam. Adakah dengan maki mencarut kita nampak lebih melayu lebih islam. Ni bukan nak penaik UMNO ni pelingkup umno. kita UMNO pejuang bangsa melayu dan agama islam tunjuklah contoh yang baik. bro kau nak UMNO dicap parti melayu samseng. kau nak orang india shah alam pangkah PR? Kau nak? demonstrasi bukan budaya UMNO. Kau ingat tu. Sekarang rakyat tengok dan nilai kita. Buat malu betul. Kalau ada ahli UMNO yang sokong cara tu, makna nya lagi cepat la kita bungkus!! Nak menang pilihanraya
orang india cinapun kena undi kita. tak taulah kalau pilihanraya ke-13 nanti kita menang dengan
cina melyu saja undi. pengajaran jangan jadi lembu lagi. Ada otak pakai, guna akai lain kali.
muka jambu tapi nak tunjuk lagak!mari kelate aku tapar sekor2..sapo kenal suruh jupo aku!gedebe muko jambu!
yg terpekik-pekik bantah tu sbb nk jaga iman..
takut bila buka pintu, baru nampak kuil,
dah goyah iman.. huhu
belom lg dengar loceng.. kah3
teruk punya melayu, memalukan orang islam ja..
tul..tul..muko mcm jambu je. tk nmok cam samseng taik itek jo aih!perot boroi.yg botak pkai baju kemeja lgn pendek tu cam keni jo aih...ni balaci algojo umno , slalu nmpk gambo dio pi demo2 upahan be end tu?klu tk silap la, cuba tngk gamba2 demo be end yg lepas2 sblm ni...familiar muko butak tu kt depn skali pegang spanduk ..hehe gua eknal lu botak!
wahai hamba ALLAH,mahfum ALQURAN jelas bagimu agamamu dan bagku agamaku.Sesungguhnya ALLAH telah
meredhai ISLAM sebagai agama langit dan bumi hingga hari kiamat.Rasullulah bersabda semasa hendak berperang janganlah kamu membunuh kanak-kanak,perempuan,orang tua dan mereka yang menyerah,merosakkan tanaman dan haiwan serta rumah
ibadah mereka.Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang memberi petunjuk.
UM...NO dan B aruua N egara yang pasti BE END satu hari nanti nak tunjuk jaguh kononnnya pejuang bangsa yang telah me LAYU kan agama dan
bangsanya.kenapa membatu dan membisu bila kilang
arak terbesar asia ada di shah alam.memberi pelbagai alasan hukum hudud tidak perlu dijalankan(KES KARTHIKA)SURAU dan perkampungan melayu dirobohkan seperti di ampang,berembang,plentong dan sebagainya.PATUNG
atau berhala terbesar diBATU CAVES.WUJUDKAN JUDI
HALAL dan rumah pelacuran
Catat Ulasan