Oleh : Green Socialis
Kemarin aku ke Bukit Merah. Aku keluar di pertengahan lebuhraya Alor Pongsu untuk jalan singkat ke sana. Dari Pekan Alor Pongsu aku menyisir di sebelah jalan keretapi ke sana. Di sepanjang jalan keretapi aku dapat lihat beberapa buah rumah yang telah di robohkan kerana projek jalan keretapi berkembar yang sedang di lakukan. Ada yang masih belum di robohkan tetapi telah pun di kosongkan.
Fikirku begitu mudah orang melayu yang bermazahab umno dan pas ini menyerahkan rumah dan tanah mereka tanpa tentangan. Asal saja di bayar dengan Ringgit Malaysia segalanya sudah di anggap selesai. Bila penduduk Kampong Buah Pala berjuang menuntuk hak mereka, si melayu ini berkata penduduk Kampong Buah Pala melampau. Di katakan hindu semakin kurang ajar sedangkan penduduk Kampong Buah Pala hanya mempertahankan hak mereka dan jika hak mereka hendak di ambil mereka menuntut pampasan yang munasabah.
Aku tertarik dengan perjuangan penduduk Kg Chekkadi di Buntong Ipoh menuntut hak mereka sehingga mencapai kejayaan. Penduduk kg Chekkadai adalah dari kalangan kaum India yang meduduki sebidang tanah di atas tanah bekas lombong yang di tinggalkan. Perkampungan ini yang diduduki oleh kira-kira 3000 orang akhirnya telah di usir secara paksa oleh kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu.
Setiap kali pilihanraya penduduk akan di gula-gulakan dengan tawaran tanah lot tetapi hal yang sebenarnya mereka telah di tipu oleh MIC dan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Dari hasil siasatan penduduk sebenarnya beberapa orang kenamaan telah pun memohon tanah 200 ekar di Buntong Lima yang merupakan tapak rancangan perkampungan tersusun untuk penduduk Kg Chekkadi, dan kerajaan negeri Perak telah menandatangani perjanjian untuk membahagikan tanah itu kepada mereka ini :
1.100 ekar - Tan Kim Nam (seorang jutawan)
2.30 ekar -(Ghazali dari syarikat Ghazali dan Ho (Ho Cheong Sing iaitu wakil rakyat Ipoh Barat)
3.30Ekar -(Razali, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan galian)
4.20 ekar - Semaian DBI)
Wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat tetapi telah mengkhinati rakyat dengan mengunakan kedudukannya untuk mengambil hak penduduk Kg Chekadi. MIC yang mereka harapkan selama ini untuk menjadi pembela kepada kaun India adalah dalah yang menjadi pelacur kepada bangsanya sendiri. Barisan Nasional yang mereka undi sejak zaman berzaman hanyalah memandang mereka satu kaum yang pariah yang tidak membawa apa-apa erti kepada kerajaan.
Dengan kesedaran bahawa kerajaan yang mereka harapkan selama ini bukanlah tempat untuk mereka mengadu nasib maka di sinilah bermulanya satu kuasa yang di namakan kuasa rakyat. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada penduduk dan aktivis Alaigal telah di tubuhkan bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Penduduk Kampung ini telah membuat 5 tuntutan kepada pihak kerajaan.
1.tanah lot untuk kesemua 500 keluarga Kg Khekadi.
2.Lot-lot di beri di kawasan Buntong.
3.Keputusan mengenai lot tidak di tangguhkan lagi dan janji lot di tunaikan dalam tempoh 3 bulan.
4.bayaran lot yang berpatutan dan adil dikenakan untuk perimeium tanah dan kemudahan asas.
5.Pengusiran paksa dan pencerobohan tidak di lakukan dan masalah diselesaikan dengan rundingan.
Tanpa di sedari pada satu hari tanpa notis sebuah jentera telah di masukan ke dalam kampong bagi tujuan perobohan rumah-rumah penduduk. Apabila siasatan dan hasil perjumpaan dengan Dewan Bandaraya Ipoh mereka terkejut kerana apa yang di maklumkan oleh Dewan Bandaraya Ipoh bahawa sebenarnya DBI tidak pernah meluluskan projek itu. Dengan itu penduduk Kampung telah beramai-ramai berarak ke Balai Polis kg baru Buntong untuk membuat aduan terhadap pencerobohan itu. Aduan yang di buat secara aman itu tiba-tiba di provokasikan oleh pihak polis apabila kehadiran seorang Inspektor tiba-tiba menolak Aktivis Alaigal Dr Kumar (Dr Kumar kini adalah ahli parlimen Sungai Siput) ke dalam lokap. Beberapa orang aktivis yang membela pendudk di situ juga telah di tahan oleh polis. Ini telah menyebabkan keadaan menjadi kecoh. Akhirnya kesemua penduduk kampong yang hadir di balai polis itu iaitu kira-kira 159 orang juga telah di tahan polis.
Pasukan FRU telah di kerahkan ke balai polis itu setelah penahanan penduduk kampong itu telah mendapat sokongan moral daripada 2000 penduduk di sekitar situ. Mereka telah hadir beramai-ramai di hadapan balai polis tersebut bagi menyatakan bantahan terhadap penahanan penduduk kampong. Kezaliman polis sebenarnya telah menguatkan lagi perpaduan sesama penduduk kampong untuk mempertahankan hak mereka. Akhirnya kesemua 159 orang pendudk telah di bebaskan tetapi mereka telah bertekad tidak akan berganjak daripada balai polis tersebut sekiranya 7 orang aktivis yang telah di tahan di dalam lokap tidak dibebaskan bersama. Takanan ini dan di samping sokongan moral daripada penduduk yang berdekatan akhirnya telah menyebabkan polis mengaku kalah dan akhirnya melepaskan 7 orang yang telah di tahan tadi.
Peristiwa ini telah menyebabkan masalah yang di hadapi oleh penduduk Kampung ini mendapat liputan daripada pihak media. Isu ini telah menyebabkan kerajaan Barisan Nasional Perak tidak senang duduk. Akhirnya MB Perak pada ketika itu telah membuat satu pengumuman di Dewan Undangan Negeri Perak bahawa satu kawasan telah di kenal pasti untuk di berikan kepada penduduk Kampung Chekkadi.
Namun begitu di sebalik janji manis itu kerajaan Umno BN sebenarnya cuba untuk mengusir penduduk secara halus apabila projek-projek yang telah di jalankan besebelahan kampong itu adalah bertujuan untuk menyusakan penduduk. Mereka berharap dengan menutup jalan,longkang dan membiarkan keadaan penduduk dalam keadaan tidak selesa dengan projek yang di jalankan akan membuat penduduk kampong akan berpindah dengan sendirinya.
Perkiraan pihak pemaju yang berselindung di sebalik kerajaan bahwa penduduk akan di halau dengan cara itu ternyata melesit. Penduduk telah bangun kembali dengan meminta projek di situ di hentikan dengan segera. Mereka telah membuka semula jalan dan mengali kembali longkang yang telah di tutup. Tekanan demi tekanan yang telah di buat oleh penduduk akhirnya menyebabkan projek perumahan di situ terpaksa di hentikan. Pinti rundingan telah di buka semula dan kerajaan negeri terpaksa akur dengan menawarkan lot tanah kepada 76 keluarga.
Perjuangan dengan kuasa rakyat ini akhirnya telah di menangi oleh penduduk kampong. Mereka telah di anugerahkan dengan rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Sri Desa Rishah, Buntung Lima. Inilah sedikit rendetan peristiwa perjuangan warga miskin dari kaum India dalam memperjuangankan hak mereka. Penindasan dan kezaliman akhirnya akan tunduk dengan kuasa rakyat yang bersatu menentang penindasan.
Cerita ini aku bawakan sebagai satu contoh untuk aku padankan dengan perobohan rumah orang melayu di akhir akhir ini. Orang melayu hanya mampu memaki hamun sesama mereka di kedai kopi. Orang melayu yang berfahaman Umno atau Pas ini sahaja. Bila kaum lain berjuang menuntut hak mereka, orang melayu akan menganggap kaum itu sebagai melampau. Bila kaum lain bersatu untuk memperjuangkan ketidakadilan, orang melayu akan katakan kaum itu bangsa menumpang di bumi Malaysia ini.
Selama ini pernahkah kita dengar batanhan daripada orang melayu apabila rumah dan tanah mereka akan di ambil oleh pemaju untuk tujuan pembangunan seperti projek landasan berkembar yang berlaku sekarang? Ya memang ada bantahan tetapi bantahan sesama mereka di kedai kopi.
Aku punya seorang kawan yang menjadi pengarah projek gamuda bahagian utara, beliau menceritakan bahawa tiada masalah terhadap pengambilan tanah di sepanjang jalan keretapi yang melibatkan tanah atau rumah orang melayu. Malah semasa lawatan mereka ke tapak projek yang melibatkan pengambilan tanah, mereka telah di layan dengan baik oleh orang melayu. Tiada natahan tentang nilai harga tanah yang akan di berikan. Inilah kenyataannya yang orang melayu tak kira dari parti apa sekalipun sama sahaja. Mereka berhasad dengki bila kaum lain memperjuangkan hak mereka tetapi mereka hanya mampu merungut sesama mereka tentang ketidakpuashatian.
Siapalah antara kita yang akan bangun mempertahankan hak penduduk kampong yang kita tinggal sekarang jika di andainya tanah milik kita akan di ambil nanti? Ntahlah.. yang aku tahu jika parti politik di kampong aku tak kira Pas Umno atau PKr, pada mereka tiada agenda untuk berbuat demikian. Agenda mereka hanyalah gotong royong kubur…. Inilah pemikiran parti politik di tahun 60an yang lansung tidak pernah di ajar oleh Dr Burhanudin Al Helmi…
Sosialis Hijau
http://greensocialis.blogspot.com.

1 ulasan:
bila nak runtuhkan BN yang dah uzur....
Catat Ulasan