12 November 2010

JAKIM diarah siasat agama bapa murid

04 Zulhijjah 1431 H

Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

"Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Akhbar pada 5 November lepas melaporkan seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Sehubungan itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Datin Fatimah Abdullah berkata Jabatan Pelajaran Negeri itu akan meneliti kes berkenaan selain mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah.

Terdahulu, persidangan dewan hari ini hangat apabila Zulkifli Nordin (BEBAS-Kulim-Bandar Baharu) yang berbahas membangkitkan isu berkenaan dan mempersoal pendirian PAS berhubung perkara terbabit.

Kekecohan itu berlarutan sehingga mengakibatkan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) diarah keluar dewan sehingga Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambung persidangan dewan pada sebelah petang, kerana berterusan mencelah ketika Zulkifli berbahas, walaupun diarah untuk tidak berbuat demikian beberapa kali.

Dzulkefly berterusan menyalahkan Zulkifli kerana membawa isu itu ke dalam dewan, dan menyatakan ia tidak sesuai dibincangkan berikutan masa yang diperuntukkan kepada anggota parlimen untuk berbahas sangat singkat iaitu 10 minit.

Rentetan daripada itu, Zulkifli kemudian membalas dengan bertanya: "Adakah kamu (Dzulkefly) sokong anak seorang Islam bawa babi ke sekolah?"

Pada sebelah petang, Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching) memberitahu pemberita bahawa Basil bukan orang Islam berdasarkan status agama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak itu dan sijil perkahwinan ibu bapanya yang dihantar melalui e-mel kepadanya oleh ibu kanak-kanak itu hari ini.

"Menurut sijil itu, bapa kanak-kanak itu, Beginda Anak Minda tidak mempunyai agama manakala ibunya, Angela anak Jabing adalah Kristian. Jadi berdasarkan ini, kanak-kanak itu dibesarkan sebagai seorang penganut Kristian menurut agama ibunya," katanya.

Katanya persoalan yang berbangkit sekarang ialah kenapa Basil dirotan penolong kanan sekolah itu kerana membawa sosej babi ke sekolah.

Beliau mendakwa bahawa menjadi kebiasaan bagi kedai kopi di Sarawak menjual makanan hahal dan tidak halal di tempat yang sama dan bagi orang Islam dan bukan Islam untuk makan di meja yang sama.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm2 dah berlaku kat malaysia ni. apa kerja pihak2 yang bertanggungjawab. adakah mereka ni makan gaji buta aje ke? klu betul kata zul nordin bapa budak tu islam, persoalannya mcmana dia boleh nikah perempuan bkn islam. siap pulak menikahkannya, zul nordin dah siasat ke atau dgr cakap kemud bawa dlm parlimen. guru tak patut rotan tapi beri nasihat sebab bawa daging babi ke sekolah sekiranya sekolah tu sek kebangsaan, tp klu sek cina tak jadi masalah. kena hormat orang islam sebab agama rasmi negara islam. beri penerangan. jgn ikut suka hentam aje. orang kafir kencing dalam masjid pun nabi tak terus marah tetapi biarkan dia kencing sampai habis kemudia baru tegur dia. cuba fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

To the 1st ulasan,u said tat "bawa daging babi ke sekolah sekiranya sekolah tu sek kebangsaan, tp klu sek cina tak jadi masalah. kena hormat orang islam sebab agama rasmi negara islam." A question for u,serving meat(daging lembu) in universiti cafe and sometime it is served with nasi ayam(it is named nasi ayam but served with meat soup),for chinese and indian that don't eat meat,do u think it is a respect? Chinese and indian didn't complain doesn't means we don't care about that. we wait for u all to respect us. U all didn't respect us at the 1st place,how can u expect us to respect u. People treat u the way u treat them. If u name it 1malaysia,it will not be "kena hormat orang islam sebab agama rasmi negara islam. " agama kristian,buddha and hindu are also one of the religion in malaysia,why it have to be we must respect agama rasmi negara since u name it 1malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sekarang baru nak periksa status ugama budak tu? Semasa nak buat hebahan tu, org yg berkenaan tak check ker?

Walau apa pun, ada pihak yg ambik kesempatan utk kepentingan peribadi...... SIAPA?

Tanpa Nama berkata...

komen kedua d atas..kesan 1mlayasia...(istighfar)

Tanpa Nama berkata...

JAIS akan bekerjasama dengan Jakim

http://ai-pengayu.blogspot.com/2010/11/tiada-rekod-norazman-abdullah-beginda.html

Tiada Rekod Norazman Abdullah @ Beginda Minda memeluk Islam

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Islam Sarawak (JAIS) akan menyiasat status agama Norazman Abdullah @ Beginda Minda dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Daud, JAIS akan bekerjasama dengan Jakim kerana tidak mempunyai rekod Norazam - bapa kepada budak sekolah yang dirotan kerana membawa sosej babi ke sekolah - memeluk Islam, lapor Bernama.

Biar betul Prof Aziz - kata JAKIM tak boleh masuk campur?