20 Disember 2010

Mari kita makan kek tolak politik lama

14 Muharam 1432H

KEPALA BATAS, 19 Dis: Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini melancarkan program makan kek sebagai simbolik sokongan kepada sekumpulan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang ditangkap kerana memakan bagi membantah pembinaan menara 100 tingkat.

Program yang diilhamkan oleh Nurul Izzah Anwar menyediakan 1600 potong kek untuk dimakan oleh para perwakilan dan pemerhati konvensyen Pakatan Rakyat ke - 2 hari ini.


Mereka memberikan kek itu kepada semua yang hadir dan memita mereka menandatangani petisyen bagi menyokong pelajar Utar yang ditangkap kerana memakan kek tersebut pada 16 November lalu.

Para pelajar tersebut mengadakan majlis makan kek untuk membantah cadangan pembinaan bangunan 100 tingkat namun mereka dianggap bersalah kerana mengadakan majlis makan kek itu.

"Ingat makan kek bukan satu kesalahan," kata Nurul Izzah ketika melancarkan kempen makan kek itu.

Turut serta bersama beliau adalah para pemimpin PAS dan DAP termasuk Dr Dzulkefli Ahmad yang turut memberikan ucapan tanda sokongan beliau kepada kempen itu.

Beliau mengajak semua pihak agar menuju politik baru yang penuh harapan dan pembebasan dan meninggalkan politik lama yang penuh ketakutan dan kelesuan.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup mahasiswa3!!!anda semua memang golongan terpelajar..berani n bijak..bakal mewarisi kepimpinan negara..bertindak berdasarkan ilmu dan kebenaran..tidak seperti lembu dicucuk hidung..tahniah..Allah bersama org yg benar.