20 Disember 2010

Tarikh PRK Tenang diumum Jumaat

14 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR 20 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil Dun Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10peratus.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu mewakili Pakatan Rakyat.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

SOKONG UMNO=SOKONG KENAIKAN HARGA BRG berkata...

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEMENANGAN KPD PARTI YANG MEMPERJUANGKAN KEADILAN & KESEJAHTERAAN UNTUK RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM.
SEMOGA ALLAH MEMPORAK-PERANDAKAN PARTI YANG BANYAK MENYUSAHKAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA YG ADA DI MALAYSIA DAN MEMBUAT KEROSAKAN SERTA MENGHALALKAN APA YG DI HARAMKAN OLEH ALLAH (JUDI-NOMBOR EKOR, ISU AIR SELANGOR,ROYALTI DLL) DAN MENGHARAMKAN APA YG DI HALALKAN OLEH ALLAH (MENSABOTAJ EKONOMI ORG2 ISLAM, MEMECAH-BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA DGN BERSIFAT RACIST-PERKASA, DLL)