16 Disember 2010

MENGAPA BAPA SAIFUL MENGGELABAH ?

10 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

APABILA sudah tertekan, bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Mengapa mahu dipercepatkan?

Mengapa bapa pemuda yang mengaku tidak basuh duburnya beberapa hari itu tertekan? Adakah jika lewat kes ini selesai maka `payment' lewat juga diterima? Atau kedua beranak ini tidak sanggup lagi berkurung di dalam rumah akibat malu berhadapan dengan masyarakat yang memandang jijik pengakuan anaknya?

Bak kata orang, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka, tanggung sahajalah. Berani buat, berani tanggung.

Masalah kes ini cepat atau lewat tidak penting, yang pentingnya kes ini diadili dengan betul untuk memberi keadilan kepada sidituduh mahu pun mangsa. Adakah kes yang sedang dibicarakan sekarang kelihatan adil?

Mengapa beliau tidak mengadu kepada DYMM YDP Agung mengapa mahkamah tidak membenarkan beberapa dokumen penting yang diperlukan oleh DS Anwar seperti laporan klinikal diserahkan kepada pihak Pembela agar kes ini lebih cepat diselesaikan secara adil?

Mengapa bapa Saiful tidak merayu agar kes yang menimpa anak kesayangannya itu disebut di Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan salah laku `suka sama suka' (mengikut Pertuduhan) sesama orang Islam? Beliau sepatutnya merayu agar perundangan mengikut Islam dikuatkuasakan kerana perundangan Islam dijamin memberi keadilan kepada anaknya.

Sewajarnya bapa Saiful ini merasa gembira kerana seluruh jentera kerajaan, media termasuk beberapa pihak asing mempercayai `hayalan' anaknya itu bahawa beliau telah diliwat.

Lojiknya DS Anwar yang sepatutnya merasa tertekan kerana seluruh media di bawah Umno, termasuk pihak luar yang memberi gambaran seolah-olah sememangnya beliau bersalah. Namun, kita lihat DS Anwar tenang menghadapi semua tekanan ini malahan beliau bertambah semangat untuk melawan kerja jahat mereka itu.

Ketenangan DS Anwar di samping majoriti rakyat yang cerdik berfikir yang menolak segala fitnah jahat ini menunjukkan bahawa kebenaran tetap mengalahkan kebathilan. Orang yang merasa bersalah sudah pasti tertekan, dan nampaknya bukan Saiful sahaja yang tertekan bahkan bapanya juga.

Oleh itu, tidak perlulah bapa Saiful menunjukkan kegelabahannya. Mungkin sekarang beliau sudah merasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Tidak berbaloi sekiranya dua beranak ini mendapat imbuhan walau sebanyak mana pun kerana maruah diri tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

19 ulasan:

SiamangBukit berkata...

Suka sama suka? Tolong lihat Sexual Harassment Act. Kes ini sama juga dengan kes sexual harassment, bilamana yang diliwat itu adalh seorang yang berkerja dibawah tertuduh.
Kenapa saudara tuduh2 orang ambil duit sewenang2nya, tak baik tuduh2 dan menghakimi. Insaflah cuba bayangkan kalau yang di liwat itu saudara, ibu atau adik saudara.Tidakkah saudara mahukan agar kes ini dipercepatkan.

Tanpa Nama berkata...

Bapa saiful ni masih tak kenal halal dan haram walau pun tahu .......

Tanpa Nama berkata...

memang ngam la dgn nama ko siamang oiii.

Tanpa Nama berkata...

siamangbukit,kita lihat dari segi kelogikkan kes ini,kenapa kes ini sering tertangguh?kenapa selepas orang yang dittuduh dan yang diadili mendesak supaya hakim mengundur diri baru permohonan yang beberapa kali ditolak baru hakim itu meluluskan permohonan itu?mengapa?
disitu kita sudah nampak beberapa kepincangan yang berlaku.bagaimana tertuduh nak menuruskan perbicaraan jika mereka tidak tahu asas-asas penting didalam kes tersebut,terutamanya yang berkaitan bukti.ini melibatkan maruah,semua orang akan membuat perkara-perkara yang difikir jalan terbaik untuk membela diri sendiri.takkan pasukan pembela anwar ingin menonong je meneruskan kes ini jika tidak tahu apa asas penting.ini berkaitan hak,maruah diri dan keluarga,hukuman penjara bertahun-tahun,bukan perkara kecil dan boleh diambil mudah.ia harus dijalankan dengan seadil-adil nya.
anda sering fikirkan nasib si saiful,cuba anda bayangkan anda berada didalam keadaan anwar,anda anak anwar yang mana ayah yang anda kenali dituduh meliwat,sanggupkah anda untuk mempercepatkan kes ini tanpa asas yang kukuh?cuba ambil iktibar kes 1998,yang anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat.orang yang didakwa diliwat anwar pon sudah membuat pengakuan tuduhan itu sememangnya fitnah,cuma mahathir,ummi hafilda je yang belum membuat pengakuan.

nama pon da buruk,jagan la perangai ikut buruk macam bintang tugak

Tanpa Nama berkata...

kalau siamangbukit pula disuruh mengaku diliwat dan tiada imbuhan untuk suruhan itu..adakah siamangbukit nk lewatkan perbicaraan???

Satu dunia dh tau penipuan dan konspirasi kera-jaan yg memperkuda badan kehakiman negara yg tercinta.

Hanya golongan yg berdiri dgn cogankata hidup melayu dr sebelum merdeka sehingga sekarang shj yg percaya akan penipuan terbabit...kerana dulu kini dan selamanya anda adalah balaci inggeris atau bahasa saintifik sekarang apco yg sering tunduk dgn kehendak mereka.

Hanco Umno....

Qaseh Bonda berkata...

Rilekla bapa si saiful. Dah rela xyah nak bising2 nyahh!!!

Bapa yang baik tak tuntut dengan membuka pekung anaknya bimbang disumpah tujuh keturunan.

Anak yang dirogol pun sudah cukup menyakitkan hati mak bapak. Yang bernasib baik ada mak bapa yang beriman diampunkan diatas keterlanjuran.

Apa barang bising2 sampai istana. Beribu2 jantan2 melayu yang gay kat Malaysia bangga jadi gay..

Orang tua2 dulu dah kata bapa borek anak rintik.

Sekali pandang pilu hati mak bila melihat saifol, anak yang tak berdaya nak lawan kehendak bapa.

puspawangi berkata...

cuba bayangkan saudara di tuduh meliwat pula..o ya..dfalam Islam tiada 'majority rules' secara otomatik..dan..yg menuduh dalam perundangna mana sekali pun perlu membuktikan tuduhan..bukan tertuduh membuktikan dia tidak bersalah..dan setiap perbicaraan ada tatacaranya...kalau nak ikut cara sendiri..tak payah la 'buat-buat' macam nak ikut tatacarqa..tak kena gayanya..

Pandikar Tak Mulia berkata...

Salam Ustaz. Minta Yang DiPertuan Aggong supaya menasihati Jamil Khir agar membenarkan kes ini di bicarakan di Mahkamah Syariah. Kerana di negara ini mahkamah sivil sama seperti tahap mahkamah India di dalam filem Hindi tahun 70-an, bilamana Hakim, pendakwa dan individu adalah satu tim. Untuk komen di atas tak perlu diambil kira kerana namanya pun binatang bukit (sendiri mengaku) yang pandangannya hanya kepada buah-buahan (rasuah dan gula-gula UMNO) di hadapan mata sahaja, tanpa menghiraukan kehidupan masyarakat sekeliling. Pendapat dan pandangan binatang itu memang sesuai dengan sifatnya.

asnah58 berkata...

Dlm kes liwat di antara DSAI dan Saiful apa yang tidak masuk akal sya, kenapa saiful tidak melawan semasa di liwat. kalau mengikut fakta umur dan kesihatan, saiful baru 20han tegap dan sihat Anuar yang dah tua dan sakit blakang. sekiranya benar saiful tak suka apa takut untuk menendang.Biar ada bukti untuk tunjukkan kpa pihak polis.

Tanpa Nama berkata...

Benar... kes di percepatkan akan membawa kesudahannya.. tapi pasti kan ianya jujur dan telus.... percepatkan dengan tidak memberikan segala dokumentasi adalah membuktikan mereka bimbang banyak lagi rahsia akan terbongkar......

So.... permudahkan perbicaraan... sediakan apa saja dokumentarsi dan anda akan dat pengadilan yang telus...

Tanpa Nama berkata...

Zaman nabi dulu ada yang mengaku berzina dan diminta dihukum pun nabi suruh balik berfikir dahulu, apalagi nak mengena orang pulakutu. Zaman ini sukar menentukan orang beriman, keburukan diri apalagi keburukan orang tak baik di war-warkan. Banyak bertaubat biar Tuhan ampun. Kalau macam sekarang dah jadi umpatan satu dunia, bagaimanalah nanti dosa terampun. Fikir-fikirlah.

Tanpa Nama berkata...

pada kebiasaan nya orang yg buntut nya kena tibai dia sendiri tak akan buat laporan krn malu nanti ramai yg tahu tp kalau org pompuan kena rogol memang ada ramai yg mengadu kecuali suka sama suka, manusia yg berfikiran waras dan positif dan yg arif tentang undang2 mengapa bahan2 bukti tak diberi utk mendpt keadilan yg wajar....fikir2 kan l;ah.

Tanpa Nama berkata...

siamang bukit tmpt nya di hutan sebab tu dia tak sekolah otak dia letakkan di lutut kes liwat pertama pun DSAI di hukum kerana kes salah guna kuasa dlom politik ni mcm2 boleh dibuat janji masyuq...halal haram belakng kira..kita gaduh2 sama sendiri org terjun lubuk dapat duit kita terjun lubuk terantuk tunggul..apa yg Rasulullah saw kata di akhir zaman ni semua dah berlaku dan akan berlaku yg jahat dikatakan baik dan yg baik dikatan jahat semua nya akan jadi sifat berlawanan..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah nama sama spesis dgn beruk memang beruk betul lah tu..kalau anda kenali DSAI lebeih dekat terutama semasa beliau memimpin ABIM dgn solat Tahajjud nya yg tak tinggal, pendek kata bila anwar berceramah di masjid kg baru dlm tahun 80 an 5,6 buah trak FRU sudah berada berhampiran masjid dan beliau dikenali oleh dunia islam, mantan perdana menteri Tun Mahathir cepat membaca strategi jika anwar tidak di bawa masuk ke dlm UMNO sudah tentu PAS akan mengambil nya dan ini akan mendatangkasn masalah besar kpd UMNO Al Marhum Dato' Fadzil Noor memberi nasihat kpd anwar supaya jgn masuk UMNO dan akhir nya apa yg terjadi kita dpt lihat skrg bukan? politik itu bersih dan politik itu penting dlm membina negara tp pemain2 politik itu yg kotor jadi siamang bukit buka lah MINDA DAN HATI ANDA.

Tanpa Nama berkata...

balasan Allah dah sampai kepada yg bersalah kot.

Tanpa Nama berkata...

bodohnye siamang! otak kera berani nak persoal otak manusia? hahahahaha tula, org follow kes ni dgn ilmiah, ko follow ng otak kera ko, mmg lah xtau 'kes ni adlh kes suka sama suka'. cek akta salh laku seksual 144C and 144B ye siamang. pastu cb bc blk kertas pendakwaan DSAI. then, br dtg sini blk ye,, nnt kiterang bg buah kt ko..kalo xpisang, epal pon kiterg mampu..

Tanpa Nama berkata...

Najib yang nak kes ni selesai cepat, supaya Anwar dilihat bersalah dan bolehlah dia cepat-cepat bubar Parlimen bersama-sama dengan DUN Sarawak. Semoga Allah membinasakan UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahah wakakaka... Siamang tu aku bg nama baru... Sial Siang dan Malam.... Spesis UMNGOK Bahlol, Tolol, Samdul, Taik Unta...

Kes2 yg melibatkan pemimpin pembangkang tak payah lah nak di ajar badigol2 2 supaya ihklas wat keje..tgk la bile Wikileaks buat pendedahan ttg Anwar, akhbar kita yg hidup segan mati tak mau 2 perbesarkan cerita. Tapi bila melibatkan pemimpin UMNGOK Bahlol, tak berani nak siarkan. Takut hilang jawatan. Takut UMNGOK tak leh bantu jawab soal kubur sok. Kalau bersekongkol dgn pemimpin zalim, boleh jawab soal kubur tapi bl buat baik dgn pembangkang, mana boleh jawab soal kubur. Esok2 kalau c Sial dan Malam mati, org2 UMNGOK la yg akan kuburkan dia. Tlg dia baca talkin. Tlg dia jwb soal kubur. Ustaz2 yg mengajar kt surau dan masjid mana dia ambil pot. Kalau dia ambil pot, dia tak kan sokong kezaliman yg berlaku skang.

Dia sndr tau yg kes liwat nie cerita yg diulang tayang sebelum pilihanraya. Cerita nak selamatkan kroni2 yg dah meratah harta negara. Cerita nie da lama main di panggung UMNGOK. Dia nie jer yg br beli tiket. Org da tgk 10x dia br belajar masuk panggung. Sayang betul la rakyat Malaysia mcm Sial Siang dan Malam nie. Org da guna internet dia br nak kenal komputer. Org da naik LRT, dia berbasikal lagi. Org da sampai stadium dekat nak hbs game bola, dia br smpi. Br nak bersorak.

Lain kali nak mencelah bia dgn fakta bukan auta. Nie nmpk sangat mangkuk hayunnya. Org da masuk zaman cyber, dia masih lg duk gn mesin taip. Apa la punye tuurrrrrrrrrr...

Tanpa Nama berkata...

Si bahlul tu yang minatkan mesin taip dan tulis atas papan batu masih mohon untuk dilambatkan penyelesaian kes di mahkamah, apahal lak...