27 Disember 2010

Siapakah menteri rogol amahnya?

20 Muharram 1432H.
Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.






Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

4 ulasan:

Unknown berkata...

menteri tu dah tua...

Tanpa Nama berkata...

Kes ini lebih teruk daripada penyokong bolasepak yang memancarkan laser...lu pikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum yb.. sy kagum dgn perjuangan yb sebagai salah seorang pemimpin politik yang memperjuangkan agama sebagai asas dan pedang dalam berjuang. Cuma kadang2 sehebat mana pun kita, manusia ini sering lupa apabila matlamat seringkali menghalalkan cara. ada baiknya blog sebaik ini dijadikan wadah sempurna dalam mengimarahkan semangat bersatu sesama umat. tp sayang, tulisan yang banyak menghentam atas apa apa jua maksudnya, tidak harus mekar dalam diri mana-mana pemimpin baik umno atau pas apatah lagi pkr. apalah ertinya berjuang kalau yang dimakan adalah daging saudara sendiri yang difikirnya halal atas tiket membantu mengubah nasib saudara lain.. saudara yb yang saya segani, sampai hari ini sebagai anak muda non partisan, sy masih belum menemui apa tujuan dan sebab musabab politikus hebat seperti saudara masih lagi percaya dengan tari politik yang suka mengembar gemburkan aib dan dosa org lain yang belum pasti sahih atau sekadar fitnah. sekalipun ianya benar berlaku, apa hak saudara untuk menghebahkannya pada tatapan umum? supaya org tidak tahu boleh tahu ? supaya saudara menjadi hero ditengah masyarakat? atau supaya org menolak 'kambing hitam' atau'lebai malang' itu dan beralih taksub kepada kopiah putih dikepala saudara? tidak mengapalah kalau dengan cara mengherdik, membuka pekung di dada org lain itu jalan yang difikirkan baik dalam memperjuangkan jalan politik saudara. cuma sebagai anak muda yg mahu belajar, sy masih lagi mencari 'persamaan' tulisan saudara dengan beberapa hadis nabi yang pernah saya baca..Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )..Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun! “ Rasul bersabda, “ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“ (Hr Thabrani – sahih)..
mungkin saya terlalu mentah untuk memahami apa itu politik dan sejauh mana politik harus bergaul dengan agama. tetapi apa yang saya pasti,atas nama agama, sesautu yang haram tidak bisa dihalalkan hanya kerana matlamat dan tujuannya. biarlah apapun maqassid dan manhaj perjuangan saudara, tapi harus sama kita beringat bahawa yg kita mahu adalah rasa 'manis'nya bukannya gula dan rasa 'masam'nya bukannya cuka.. maaf jika tulisan ini tidak selayaknya mengangkat maksud perjuangan saudara. selamat berjuang.

Tanpa Nama berkata...

tua-tua pun ada tenaga