02 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.
SYABAS diucapkan kepada Adun Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang merendah diri serta menjunjung kasih untuk bersedia mengadap ke Bawah DYMM Sultan Selangor berkenaan isu penulisan di blognya yang dituduh oleh puak-puak sekutu Apco sebagai menderhaka kepada Sultan. Alangkah bodohnya mereka itu kerana tidak tahu membezakan mana satu penderhakaan dengan teguran atau pun pandangan.
Mungkin bagi mereka menegur mana-mana institusi Raja adalah perbuatan derhaka, manakala merampas kuasa Raja atau pun menggelar Raja atau Sultan sebagai `natang' bukan menderhaka. Biarlah mereka dengan fahaman bodoh serta dungu seperti itu. Di zaman manusia semakin celik ini bukan semua rakyat boleh diperdayakan dengan fahaman jahilliyyah mereka itu. Di dalam kepala otak sekutu Apco hanyalah untuk memperbodohkan semua orang demi kepentingan kuasa mereka.
Di dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingat sesama kita hatta kepada pemimpin mahu pun Raja adalah sesuatu yang dituntut. Sekiranya teguran itu tidak betul, hendaklah si penegur itu ditegur kembali dengan membawakan hujah yang benar, bukan dengan melarangnya dari menegur apatah lagi hingga ke peringkat ingin `digantung'. Itu bukan cara bertamaddun, tetapi itu adalah cara pemerintahan di rimba.
YB Shuhaimi memang wajar mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan apakah yang mungkin telah dikelirukan oleh media haprak sehari dua ini. Sultan juga manusia biasa yang dicipta Allah, tentunya memerlukan maklumat yang betul kerana sebagai manusia tidak semua yang difikirkan adalah betul dan tepat dan manusia juga tidak boleh mengetahui semua perkara. Justeru itu, YB Shuhaimi mesti memaklumkan perkara sebenar kepada DYMM Sultan.
Jangan kita menjadi seperti puak sekutu Apco yang hanya pandai `pukul curi' tetapi teramat takut dan kecut bila berdepan. Mereka hanya pandai berkokok di depan media kepunyaan mereka sahaja. Mereka hanya memerlukan Istana tatkala mereka tersepit, tetapi apabila mereka mendapat sebesar kuasa, jika boleh langit pun mereka mahu kuasai.

9 ulasan:
Kadang-kadang kita di Malaysia ini ditakutkan oleh "kuasa" istana dan Sultan. Seakan-akan kuasa itu adalah lebih tinggi daripada kuasa Allah dan Sultan boleh melanggar hukum-hakam Islam dan tidak boleh sesiapapun buat teguran. Apabila disebut "penderhaka" maka orang itu tetap penderhaka , walaupun perbuatan Sultan itu terang-terang bercanggah dengan hukum Islam. Maksudnya suara Sultan mengastasi suara Islam. Maka timbullah putar-belit manusia yang tidak takut kepada Allah. Mereka yang berselindung di belakang Sultan. Ini realitinya dan tunggulah hukuman Allah di padang masyar kelak. Apabila disebut padang masyar mereka tidak gerun kerena ia masih jauh ...apa yang penting ialah kepentingan mereka sendiri.
abu hassan chan... saya amat bersetuju 100% apa yg dikatakan.. mmg dikala ini manusia makin lupa siapa dirinya sebenar... ingatlah semua.. kita ini hanyalah seorang HAMBA YG HINA DINA tak kira apapun pangkat kamu...INGATLAH... inna akromakum,indallah hi atskokum...( insan yg paling mulia kata ALLAH adalah insan yg paling bertaqwa..
Khalifah Abu Bakar dan Umar mahu rakyat membetulkan jika dia silap dan salah. Malah ada rakyat yang menegur khalifah dan kemudiannya baginda akur dan meminta maaf. Tidak hina pemimpin yang meminta maaf kalau tersilap. Alangkah baiknya kalau pemimpin kita meminta maaf kalau tersalah dan mentadbir. Apatah lagi kalau ditegur.
Kalau kita melihat ayat al-Qur'an yang bermaksud :
Wahai orang-orang beriman ...janganlah kamu mendahului Allah dan rasulNya ....agar pahala amalan kamu tidak terbatal (Surah al-Hujurat 49 : 1-2)
Ayat ini mengajar kita beradab terhadap Allah dan rasulnya. Apa yang kita cakap dan buat hendaklah dilihat terlebih dahulu apa yang diajar oleh al-Qur'an dan hadith. Hanya para anbiya' dan rasul-rasul adalah manusia ma'sum.
Saya hanya menyebut satu kaedah Islam bukan menghasut orang menentang Sultan. Maksud lain ayat di atas ialah seorang Muslim boleh terbatal iman dan amalannya secara tidak disedari kerana mulut dan perbuatan. Kalau ia bercanggah dengan Islam hendaklah kita akui bahawa ia bercanggah dengan Islam bukan mencari jalan menghalalkan apa yang haram.
Sultan atau Raja yang disegani dan dikasihi rakyat mestilah digelar Raja atau Sultan BERPERANAN. Baru-baru ini saya rasa amat bersyukur dan gembira kerana Tengku Mizan Terengganu sebagai Agung menitahkan Nik Aziz , Haji Hadi serta pemimpin UMNO ke istana.
Yang saya rasa derita ialah ada Raja dan Sultan yang termakan hasutan oleh pihak tertentu. Memang dalam sejarah raja-raja Melayu ada-ada saja pengampu istana.
Di Kelantan ini , sebagai rakyat Kelantan saya rasa amat bertuah kerana Sultannya , Tengku Faris adalah berlainan jika dibanding dengan sultan-sultan lain. Ketika berlaku pergolakan dalam istana , hampir-hampir baginda tuanku tersingkir. Ini kerana Tengku Faris adalah sultan yang suka ambil tahu tentang ugama dan ulama. Ke mana baginda pergi ..terbayang rasa kegembiraan di wajah-wajah rakyat Kelantan , terutama sekali orang-orang kampung ...raja disanjung kerana beriman.
Sikit-sikit derhaka dan itulah mainan politik umno-upco. Sejarah telah banyak membuktikan kesilapan raja mengakibatkan negara huru-hara. Dan pada hampir semua keadaan pembesar-besar dan orang-orang yang rapat dengan istana yang meniup api kesilapan itu... ingat tiap pemerintah /raja akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap rakyatnya diakirat nanti... sebagai hak rakyat dengan raja... kerana dah terlalu banyak hak raja terhadap rakyat tertuntut didunia ini.....
Hanya segelintiran rakyat sahaja yang benar derhaka yakni seperti yang berlaku diterengganu dahulu yang sebut "Natang" dan ada satu lagi mentabal dan memasyhurkan lantikan sultan pada awal tahun 90han di Kelantan.
Orang melayu sukar menderhaka. Yang menjadi riuh rendah ialah akibat UMNO BN dan bersekongkol dengan APCO menjana polisi negara sehingga perlembagaan negara diratah dan dicabul.
Kalau ada rakyat yang bercakap tentang institusi istana ialah kerana berbagai peristiwa yang telah menjadi sejarah dimana
Raja atau Sultan tidak dihormati gara-gara penasihat-penasihat yang khianatyat. Kita kena lihat kedaulatan Rakyat bersama dengan Rajanya. Rakyat telah memilih suatu kelompok untuk mentadbir sebuah Negeri. Kenapa pula pemimpin yang dipilih rakyat tidak dapat menjalankan polisi dengan aman dan autantik. Apakah PRU itu hanya untuk mengisi ruang dalam perlembagaan sahaja....bukan bertujuan memberi ruang pada rakyat membaiki taraf hidup dengan pemilihan pemimpin baru..!
Ayohai..pemimpin Malaysia, pegawai dan ahli politik janganlah membawa balik pemikiran rakyat balik kehutan...bawalah mereka keliling dunia yang dilaungkan sebagai global.
Saya hendak sebut kali ini bahawa budaya mengkritik sudah lumrah. Saya sendiri banyak membuat kritikan terhadap orang-orang politik dan orang-orang berpangkat ulama. Tak apa ...kita boleh kritik kerana mereka bukannya ma'sum.
Ada ketika saya pernah mengkritik Dr Mahathir ...orang UMNO marah. Saya pernah mengkritik Nik Aziz ...orang PAS pula marah. Saya pernah mengkritik Ustaz Uthman el-Muhammadi ....ada pengikutnya marah. Kalau saya mengkritik Sultan ...siapa pula yang marah ? Ada orang kata ....jaga-jaga sikit nanti kena MURKA. Sebenarnya bukan Sultan yang murka , tapi pengampunya yang murka.
Lupa saya nak sebut ....baru-baru ini saya ada mengkritik Pak Imam masjid kampung saya. Ini ceritanya ...ada orang-orang tertentu yang kuat dan sentiasa pergi sembahyang berjemaah. Maka mereka berkawan baik dengan Pak Imam. Terjadi satu peristewa mereka itu membuat satu cerita fitnah seorang ustaz telah BERZINA dengan seorang isteri jirannya.
Oleh kerana orang-orang yang itu adakah kaki masjid , maka Pak Imam itu percaya bulat-bulat cerita fitnah itu. Saya mengkritik Pak Imam yang bodoh itu kerana "kejahilan" dia sendiri tidak tahu bahawa tuduhan berzina itu menjadi hukum QAZAF ..yaitu kita tidak boleh menuduh orang berzina jika tidak ada 4 saksi.
Betapa siksanya si ustaz itu dan perempuan itu dibakar api fitnah. Akhirnya si suami yang gila itu menceraikan isterinya kerana percaya kepada cerita fitnah. Yang paling sedih ialah Pak Imam itu menjadi alat anak-anak mukimnya yang jahat , walaupun mereka pergi ke masjid.
Sebelum ini saya pernah memberi nasihat kepada si suami itu supaya rujuk kemabali kepada bekas isterinya demi masa depan anak-anak mereka. Malangnya api fitnah masih bertiup kencang ...dan apabila bekas suami terasa kesilapannya ...ia sudah terlewat. Bekas isterinya sudah isytiharkan laknat terhadap sesiapa yang menuduh dia berzina dengan ustaz itu.
Ini dia ..si Pak Imam ...termasuk orang yang kena laknat. Saya pernah memberitahu Pak Imam itu supaya membaca ayat :
"Wahai orang-orang beriman , jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti , agar kamu tidak menimpa suatu musibah kepada sesuatu kaum ...." (Surah al-Hujurat 49:6)
Persoalannya ..saya mengkritik Pak Imam itu kerana salah pilih kawan dan menyebabkan hancurnya satu rumah-tangga. Sebab ada orang pergi ke masjid bukan semuanya baik. Ada yang pergi untuk melindungi perangai mungkar yang tersembunyi , termasuk menghancurkan kehidupan orang lain. Ada orang yang menipu wang orang lain ...mereka kelihatan bersorban dan berjubah ..tapi berjiwa syaitan. Ada orang menjadi kaki masjid tapi tidak mahu bayar hutang , merampas harta orang lain ...menipu sana sini.
Jadi ...masjid ialah tempat mereka berselindung supaya mereka itu digambarkan sebagai orang-orang baik.
Pada hari ini saya pergi sembahyang berjemaah , dan apabila saya melihat Pak Imam itu naik jadi imam sembahyang ...saya bermufarakah ...undur diri kerana benci kepada perangai jahatnya
Catat Ulasan