27 Januari 2011

Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir

22 Safar 1432H.

JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

mStar/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kabar,

Kepada cina islam saya ingin bertanya.1
1. Kenapa orang cina kat negari Johor tidak akan pergi membeli keperluan mereka di kedai runcit milik orang melayu ?

2. Kenapa tauke kilang atau apa-apa perniagaan yang dimiliki oleh orang cina mengajikan ornag melayu lebih rendah berbanding orang cina walaupun mereka baru bekerja dan kurang berkelayakan?

3. Kenapa pemilik pemilik bangunan yang berbangsa cina enggan melantik kontraktor melayu untuk renovasi bangunan milik mereka?

4. Kalau keistemewaan Bumiputra di mansuhkan dan konrtaktor kelas F dimansuhkan kat mena kontraktor bumiputra nak dapat projek, sedangkan sekarang projek-projek kerajaan yang mana bangsa cina boleh masuk orang melayu langsung tak ada peluang. Orang orang cina boleh riba sedangkan orang melayu ada halal haram, dia orang boleh untung dengan mencuri spec (yang mana boleh kurang dikurangkan).

Tolong orang melayu JOHOR nak hidup dengan tidak menyembah orang cina yang bukan islam.

P/s: Salahuddin Ayup orang johor tak kan dia tak pernah dengar tentang perkara ni.

Wassallam...

Tanpa Nama berkata...

jalan ke mersing banjir x???

Tanpa Nama berkata...

boleh bagitau pusat pemindahan bagi kota tinggi? ada sedikit sumbangan nak diberikan..

Tanpa Nama berkata...

Setakat Petang td 20/01/2013 @ 1830Hrs..Jln Mersing-Sungai Ambat berhampiran Kg Wak Salam dinaiki air..untuk info lanjut sila berhubung dgn Balai Polis Mersing.. TQ