27 Januari 2011

TG Nik Aziz di Tenang hari ini, esok

22 Safar 1432H.

LABIS, 27 Jan: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan berada di Tenang bermula hari ini bagi membantu kempen memenangkan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil Dun itu 30 Januari ini.

Bermula jam 11 pagi ini, Tuan Guru dijangka berada di Kampung Redong dalam program ramah mesra bersama rakyat sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Tenang.

Kemudian pada sebelah malamnya, beliau akan menghadiri jamuan rakyat pada jam 8 malam di bilik gerakan DAP Tenang Station.

Pada jam 10 .30 malam ini pula, beliau akan menyampaikan ceramah di Felda Chempelak Barat.

Manakala esok, beliau akan menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Cikgu Mala bermula jam 9 pagi.

Beliau kemudiannya akan bertemu media dan blogger pada satu Majlis ramah mesra dan jamuan selepas selesai kuliah kira-kira jam 12 tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Labis.

Pada jam 5 petang pula beliau akan menyertai majlis ramah mesra bersama warga peneroka di Felda Chempelak.

Pada sebelah malamnya pula, beliau akan menghadiri jamuan bersama Masyarakat Cina di Restoran G & D jam 8 malam, manakala 10.30 malam beliau akan berceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Dataran PAS.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

pokku(putrajaya) berkata...

InsyaAllah Allah bersama dalam perjuangan kita...doa rakyat Malaysia akan berpihak kpd cikgu Mala...Takbirrr!

Tanpa Nama berkata...

Bila Tn Guru ke Tenang, tak tenanglah puak yang memang tak tenang kerana dah berkira-kira nak menang! Tenanglah pula yang satu puak kerana dah berusaha habis-habisan dan keputusannya diserahkan sahaja yang Maha Kuasa>