06 Januari 2011

Kejam Dan Hina

01 Safar 1432H.

Membaca kebanyakan tulisan YB Kulim Bandar Baru seringkali meyeramkan bulu roma dan menimbulkan rasa mual, benci kepada yang empunya badan, apatah lagi beliau sering mengulang-ulang perkataan "Pak Jangout" dalam nada atau ayat menghina para ustaz (yang sememangnya tidak maksum dan tidak sunyi dari kesalahan), sedangkan dia juga ada menyimpan sejemput janggut, seperti meludah ke langit kena batang hidung sendiri.

Bertambah meluat lagi apabila beliau sering berhujah seolah-olah beliau seorang ilmuan dan mempunyai taraf kesolehan yang tinggi, pakar dalam penghayatan Islam dan kononnya dialah penegak Islam yang sebenar.

Sejak menjadi MP bebas, beliau tidak sunyi dari menyerang PR, habis semua Parti di dalam PR dilibasnya, segala tindak tanduk PR semuanya dilihat dengan penuh negatif dan dituduh jahat dan sering dihujahkan yang beliau mendapat maklumat dan tahu apa sebenarnya perancangan jahat PR.

Terbaru beliau ada mencadangkan hukuman bunuh kepada mereka yang engkar kepada Titah Sultan, Masya- Allah!!! apa ganjaran yang diidamkannya dengan ampuan sebegitu hanya Allah saja tahu. Baca sini.

Belum selesai rasa marah dengan sikap pengampu berlebihan YB Zul itu, terlihat saya artikel terbaru Dr. Asri yang bertajuk "Bunuh Pengkritik Sultan Satu Cadangan Yang Hina" (klik pada tajuk untuk baca).

Rasa-rasa macam tak ada orang lain dah walaupun tulisan tersebut diumumkan kepada semua orang ia lebih tepat menuju kepada YB Zul. Eloklah YB Zul dengar saranan DR Asri, bertaubatlah dan hidup sederhana serta jangan terlalu over sangat./Wartashubhi

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayat yang cukup BIADAP DAN PALING KURANG AJAR: (Teman cadangkan pada Tuanku Sultan)... zul kulim memang tak tahu bahasa Istana dan tak pernah nak belajar... BUDI BAHASA BUDAYA KITA...

Tanpa Nama berkata...

ZUL KULIM MEMCAMPAKKAN DIRI SENDIRI KE LEMBAH YANG PALING HINA...

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku suka baca laman web zul ni. Tapi sejak jadi Bebas ni aku pun meluat dan nampak zul ni makin tak berilmu. Aku rasa laman web dia ni bukan dia yg kendalikan, dia dah 'handover' pada orang lain.
Aku rasa ada MOU antara mereka utk 'takeover' laman webnya. Anda ada rasa mcm gitu ke..

Tanpa Nama berkata...

gila ni ada 1001 jenis gila...tak sedar diri ni pun salah satu jenis gila peringkat serius! ubatnya pun sukar..biarkan YB tu musnah kerana gilanya tu.

puspawangi berkata...

memang lah biarkan si luncai ni terjun dengan labu2nya tetapi masalahnya...ada yg berfahaman ala-ala PERKASA akan ikut sama terjun..

Tanpa Nama berkata...

anti zul...
sian YB keserongan dan melaung2 syok sendiri
YB tu tahu ramai x layan dia, YB mulai nk popularkan diri
tp dalam media utama layan pula hujah dangkal YB
nampak sgt tidak bijak menilai!

Usmad berkata...

Korang jangan nak hina zul kulim tu... Diala MP yang paling baik dalam dunia ni tau x??? Kalau dia cakap patutnya kita angguk je... Pastu blah tampa perlu respon apa pun... hahaha tak ley pakai dak tu... Maybe mengharapkan jawatan senator pas tak lehh tandinh parlimen dalam pru akan datang...