04 Januari 2011

Khusrin dalam ketakutan, tidak ada kelayakan dan adab ?


29 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 4 Jan :- Isu pelantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor yang boleh dikatakan membelakangi persetujuan MB Selangor yang mana Khusrin, 54, telah dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu

Walaubagaimana pun, Khusrin seperti dilaporkan, masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat Menteri Besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

Khusrin dipetik sebagai berkata, beliau menjelaskan bahawa YAB Menteri Besar Selangor enggan jumpa beliau (Khusrin).

“Saya rasa beliau perlu belajar lagi adab selaku tetamu di mana-mana tempat beliau pergi,” kata ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"Pesoalannya sekarang adakah benar MB tidak mahu jumpanya atau Khusrin dalam ketakutan untuk berjumpa Tan Sri Khalid" soalnya.

Dalam pada itu, menurut sumber mengatakan bahawa beliau arif tentang peraturan dan tahu apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya dan mengakui yang beliau tidak berkemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“Selangor adalah negeri yang maju, banyak pelabur asing melabur di Selangor, ramai juga tenaga mahir yang fasih berbahasa Inggeris serta bermoral yang sedia berkhidmat untuk jawatan itu, mengapa KSN pilih calon yang tiada kemahiran dalam bahasa utama dunia itu,” soalnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Dalam masa yang sama MB Selangor dalam kenyataannya selepas menghadap Sultan Selangor yang mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik dan MB Selangor mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

" Saya juga menyokong cadangan MB Selangor untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar." Jelasnya.

Menurutnya itu mungkin langkah yang paling wajar untuk mengelak gangguan melampau dari Kerajaan persekutuan dalam kemelut itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apelah nasib kakitangan awam yg mendpt KSN yg x cerdik. lantik org bodoh x pandai dlm komunikasi B.Inggeris jd SUK. suruh dia jd pengarah KEMAS pun kira bagus. nasiblah dpt KSN yg membelakangi kepentingan awam. kakitangan minta bonus, KSN bagi alasan ekonomi x stabil, nasiblah ko kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

Dia pandai kunci DUN tak? Kalau dia pandai, itu dah menepati kriteria kelayakkan dan adab yang diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

Khusrin....tolong letak jawatan anda dgn penuh hormat.
Najib......tolong hormat demokrasi dan federalisme.
KSU........jgn buat tak tahu peraturan sebenar.
MB SELANGOR PR........tolong buat peraturan yg ketat.
Wahai rakyat Selangor.......Tolong jatuhkan UMNO dan BN yg tiada hormat.

Tanpa Nama berkata...

Bukan rakyat Selangor je... tapi rakyat Malaysia dan Ahli UMNO yang sedar diri...kalau pangkah UMNO lagi memang bungul...

UMNO SEPATUTNYA MENGENANG BUDI RAKYAT berkata...

SALAM,

DIHARAP SETIAP KALI CERAMAH SAUDARA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, DAPAT LIPUTAN DR WARTAWAN2 LUAR NEGERI...AGAR DPT MEMBERI TEKANAN KPD UMNO, BE END SUPAYA BERUBAH SIKAP, MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB, KERANA NEGARA MALAYSIA INI, BUKAN HAK MILIK UMNO SECARA MUTLAK. UMNO HANYA WUJUD PD TAHUN 1946, SEDANGKAN RAKYAT (DAN HAK-HAK RAKYAT UNTUK MENDAPAT LIPUTAN/MAKLUMAT/ILMU YG ADIL) TELAH WUJUD LEBIH AWAL DR WUJUDNYA UMNO...