29 Muharam 1432H
Oleh : ROSLINDA HASHIM
ALOR SETAR - Kedah mengutip premium balak lebih RM50 juta bagi 2010, hampir 205 peratus lebih tinggi berbanding kutipan semasa di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, peningkatan itu adalah hasil keberkesanan sistem tender terbuka yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negeri.
“Perubahan polisi yang dibuat ternyata membuahkan hasil dan bukan untuk menindas mana-mana pihak. Jika saya boleh ubah dasar dan polisi dalam pentadbiran untuk kesejahteraan rakyat, saya akan buat.
“Apa yang saya buat ketika memperkenalkan tender terbuka balak, ada yang tidak puas hati tapi syukur kerana perubahan itu menyebabkan hasil balak meningkat hampir 205 peratus,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, Kedah berjaya meningkatkan hasil balak 205 peratus berbanding sebelum 2008 dengan hasil kutipan adalah hanya sekitar RM8 juta bawah pimpinan Kerajaan BN.
Apabila diambil alih Kerajaan PR pada 2008, hasil balak mencecah RM35 juta dan meningkat kepada RM38 juta pada 2009.
“Tahun ini sukacita saya maklumkan hasil balak negeri bertambah baik mencecah RM50 juta. Hasil balak premium ini adalah atas keluasan tanah 2,400 hektar,” katanya.
Azizan berkata, kejayaan itu adalah hasil ketelusan Kerajaan Negeri mengubah polisi kepada yang lebih baik yang diyakini dapat menambah pendapatan, seterusnya dapat digunakan untuk pembangunan rakyat.
“Inilah polisi yang terbaik pernah saya ubah. Pemberian balak tidak lagi diberi secara anugerah dan setelah saya umumkan dibuat tender terbuka, polisi ini amat berkesan. Ia secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah dan kronisme,” katanya.
Azizan yakin rakyat kini semakin memahami tindakan Kerajaan Negeri.

3 ulasan:
wowow banyak bangat .
Bagi sikit 0.001 % dah cukup
Pendapatan bertambah, tapi terus terang kualiti hidup rakyat Kedah berkurang, masalah sampah kian teruk. Tak berlaku semasa Majlis Perbandaran mengendalikan kutipan sampah, namun sejak E-Idaman ambil alih ada sahaja masalah sampah tak dikutip hingga bersih - mereka kutip sampah dalam tong je, yang di luar dibiar berminggu-minggu. Tong sampah pecah jangan cakaplah - memedihkan mata, macam bangkai kereta buruk. Kerajaan Negeri mintak sangat-sangat pantaulah jikapun bukan tugas kamu, sebab rakyat tak salahkan majlis perbandaran tapi dia salahkan Kerajaan PAS Kedah.
Akan ditanya: Hang sapa?
Akan dijawab: Aku rakyat Kedah.
Rumput tumbuh panjang, tak berlaku juga masa Majlis Perbandaran, tapi masalah bila swasta ambil alih. Ni pun akan disalahkan Kerajaan PAS Kedah.
Akan ditanya: Hang sapa?
Akan dijawab: Aku rakyat Kedah.
Air pun bermasalah, kerap tak ada, - ada yang kata sebab penyelanggaraan, tukar paip baru, cuci takungan dan lain-lain. Dulu sentiasa laju walaupun pada waktu puncak, tapi tak apalah sebab wujud taman-taman perumahan baru, jadi air pelahan pada waktu puncak. Namun yang paling bimbang itu cuma alasan, untuk menutup perbuatan sabotaj untuk bagi rakyat marah. Bukan dia orang nak marah SADA atau boss mereka. Yang nak kena tu Kerajaan PAS Kedah jugaak. Rakyat bukan dia tau susun atur jabatan dalam kerajaan, yang dia akan tau prestasi kerajaan kurang baik...
Akan ditanya: Hang sapa?
Akan dijawab: Aku rakyat Kedah.
Yang lebih teruk... yang nak kena tenyeh tu bukan Menteri Besaq Kedah.... tapi ahli-ahli PAS jugakkkk, kena tadah muka....maklumlah barisan hadapan dalam menangani masalah rakyat kesan pemantauan yang tidak cekap.
Akan ditanya: Hang sapa?
Akan dijawab: Aku rakyat Kedah.
Pendapatan negeri meningkat satu kelebihan, namun keselesaan dan kesejahteraan penduduk lebih penting untuk mendapat mandat pada penggal seterusnya. Bertindak untuk berubah kepada yang lebih baik, sebelum kita yang diubah pada penggal hadapan.
Akan ditanya: Hang sapa?
Akan dijawab: Aku rakyat Kedah. Hampa nak tenyeh aku tenyehlah, janji aku cerita yang betul.
TAHNIAH PADA KERAJAAN KEDAH SEKARANG...HARAP ORANG KEDAH YANG PENGKAH UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA ITU SEDAR DIRILAH DAN TIDAK SELAMANYA AKAN PANGKAH UMNO...SEBALIKNYA BERUBAH MENYOKONG PAKATAN RAKYAT PULA PADA PRU AKAN DATANG... AMIN.
Catat Ulasan