16 Februari 2011

Bomoh Jampi berkhidmat di DUN Perak

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Merujuk kepada tajuk berita akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas laporan muka hadapan yang telah diberikan kepada Sidang Media yang telah dibuat kelmarin berhubung isu ‘tolak sesi soal jawab jawatankuasa hak dan Kebebasan Dewan’.

Namun saya memberi beberapa kenyataan seperti dibawah :

1. Saya membantah penggunaan perkataan ‘Adun Degil’ sebagai tajuk utama akhbar Sinar Harian. Ini kerana penggunaan perkataan ‘degil’ itu sangat merubah sepenuhnya kandungan asal alasan saya bersetuju untuk tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan.

2. Saya memohon supaya pihak akhbar Sinar Harian agar menarik semula penggunaan perkataan “Adun Degil’ itu kerana perkataan ‘degil’ yang digunakan itu secara tidak langsung menjatuhkan reputasi dan imej saya sebagai Adun kawasan Titi Serong yang menggambarkan keputusan yang saya buat bukan dengan alasan yang kukuh dan munasabah..

3. Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa keputusan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan adalah keputusan yang dibuat bagi menjaga kesucian DUN Perak daripada melanggar undang-undang serta peraturan sedia ada.

4. Saya juga menegaskan di sini bahawa sekirannya usul yang dibawa oleh Adun-Adun Barisan Nasional berhubung ‘bomoh masuk dewan’ itu menepati peraturan dan undang-undang Dewan, dan dilakukan keputusan oleh Speaker DUN Perak dengan menepati undang-undang maka tidak ada alasan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan itu .

5. Secara insaf dan sedar ingin saya mengulanginya disini bahawa ‘bomoh masuk dewan’ dalam Sidang DUN Perak itu sememangnya berlaku dan saya bertanggunjawab sepenuhnya dengan kenyataan saya sebelum ini.

Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
ADUN Titi Serong
_________________________________________________________

13 Rabiulawal 1432H [MOD] -
KUALA LUMPUR, 16 Feb: “Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut,” tegas Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh.

“Saya dikhendaki memberi keterangan dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan berhubung dengan isu bomoh yang saya bangkitkan pada persidangan ketiga mesyuarat ketiga pada penggal ketiga Dewan Negeri Perak yang kedua belas pada 2 Disember 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut standing order di bawah fasal 36(3)(b) ke atasnya kerana sewaktu berbahas di Dun Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam Dun Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi Speaker Sivakumar dirampas.

Dalam sidang tersebut, beliau menyebut terdapat seorang Adun yang telah membawa bomoh untuk masuk ke dalam dewan.

“Apabila saya enggan mendedahkan nama Adun berkenaan lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan,” jelasnya.

Beliau akan mengadakan sidang media khusus berkenaan surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi mengenai surat itu.

8 ulasan:

mantaro berkata...

Lawan tetap lawan YB. Umno dan ancak. Hanya Zambri Kadir tahu jawapan.

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin peristiwa itu boleh berlaku, kerana kerja-kerja seumpama ini memang menjadi amalan umno dulu kini dan selamanya, sihir atau ilmu hitam telah menjadi amalan sebahagian besar pemimpin umno di negara ini, terutama semasa waktu pemilihan jawatan penting atau calon pilihanraya.
Pengaruh bomoh bukan sahaja digunakan untuk berlawan dengan musuh, tetapi sesama mereka pun perlu digunakan juga, contoh; sebelum MB baru masuk kekediaman resminya, bomoh dikirim dahulu konon nya untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitar kediaman itu, dikhuatiri ada musuh yang melakukan sesuatu. Ini kerja dan budaya puak pemimpin umno.

Bukan sedar itu saja, malah isteri pemimpin umno yang bimbang akan suaminya 'menggatal' atau nak kawin lagi, si isteri sanggup menyihir suaminya itu (guna-guna) bagi menundukkan atau kepatuhan kepadanya. Contohnya boleh dilihat sekarang ini, ada dikalangan suami ikut telunjuk bini hingga menjatuhkan intergriti dan kredibelitinya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

MASIH ANDA INGAT LAGI MONA FENDY?SIAPAKAH DIBUNUHNYA?

Tanpa Nama berkata...

Mona?? Ya, ingat, beliau lah pembunuh ADUN Batu Talam,Raub, arwah Datuk Mazlan Idris, ADUN BN yg bercita-cita dan dikhabarkan akan menjadi MB Pahang ketika itu..gempar kampung saya ketika itu

Tanpa Nama berkata...

Jangan takutkan bomoh-bomoh ni, Baca banyak2 Ayat Kursi dan hembuskan kemukanya...Insya Allah..dia akan hilang segala2 kekuatannya

Tanpa Nama berkata...

Setiap mlm jumaat ada cerita hantu kat tv, bila ada hantu adalah bomoh, yg meluluskan cerita tu kerajaan BN pimpinan UMNO, Oleh itu UMNO dan BOMOH, BOMOH dan UMNO ibarat isi dan kulit tidak boleh dipisahkan, Mungkin sikit hari lagi ali ketam akan cadangkan SRK belakon jadi bomoh melayu pulak untuk perkenalkan melaka dan malaysia, ahli dan pencacai UMNO pasti akan teruja dgn lakonan SRK, lepas tu boleh bagi anugerah pelakon bomoh lelaki melayu terhebat dialaf ini. bravo UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Nabi dah larang guna bomoh yang tak islamik. Sapa guna bomoh macam ni telah dijanjikan neraka laknatullah. Na'uzubillah.....

Tanpa Nama berkata...

bila orang kata umno kafir tahu pulak diorang marah, sedangkan dah terang2 hukum orang guna ilmu hitam dan meminta bantuan selain daripada Allah adalah syirik...