16 Februari 2011

Cerita Dari Jinan Universiti, China.

College Of Language & Culture


13 Rabiul Awal 1432H.
http://mohfaz88.blogspot.com/

Universiti ini terdiri daripada 4 buah. Iaitu satu Kampus Induk (Benbu) yang dikenal sebagai Xiao Yuan dan 3 Kampus Cawangan, iaitu satu Kampus Bahasa Dan Budaya (College Of Language & Culture ) yang dikenali sebagai Hua Wen Xue Yuan di Guangzhou. Manakala satu lagi cawangan di Kampus Pengurusan Perniagaan (College Of Business Management) di Shenzhen. Manakala satu lagi cawangan di Kampus Sains Sosial (College Of Science Social) di Zhuhai.

Di Kampus Induk mengandungi 13 Kolej iaitu College Of Science Technology, College Of Life Science, College Of Medical, College Of Pharmacy, College Of Arts & Design, College Of International Study, College Of Economics, College Of Management, College Of Science Engineering, College Of Law Study, College Of Foreign Study, College Of Journalism & Communication,College International Relation dan College Of Liberal Arts.

Kesemua pelajar-pelajar yang masuk ke sini biasanya akan mengikuti kelas bahasa di kampus bahasa (Hua Wen Xue Yuan) sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai persediaan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda. Kami di kolej bahasa dan kebudayaan ini rata-ratanya pelajar dari Asia Tenggara iaitu Malaysia,Thailand, Myanmar, Kemboja,Vietnam,Loas dan sebahagian besarnya dari Indonesia. Kebanyakan yang mengikuti kelas pengajian bahasa di sini terdiri daripada orang-orang yang yang menjalani perniagaan di sini. Bak kata orang barat sana, China ini hanya tak boleh buat ibu dan bapa sahaja. Dari serumit-rumit benda sehingga sekecil-kecil permata boleh dibuat.

Bilangan pelajar di kolej ini lebih kurang 4000 orang menampilkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia tidak terkecuali Israel dan Palestin. Jadi tidak hairan sekali jika banyak pelajar di sini yang datang ke sini kerana dihantar oleh syarikat-syarikat perniagaan di negara masing-masing. Namun ada juga segelintir dari kalangan pelajar di sini yang datang dengan perbelanjaan sendiri kerana ingin belajar bahasa mandarin. Ini kerana orang-orang cina ini sudah menguasai ekonomi dan kekayaan. Contohnya di beberapa negara di Asia Tenggara sana yang ekonominya dikuasai oleh orang-orang bermata sepet ini. Sehinggakan jika ada yang mampu bercakap bahasa cina akan diambil bekerja dan gaji mereka sebanyak 8 kali ganda seperti di Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja khususnya. Maka keadaan ini memaksa mereka untuk mencari dan mendapatkan peluang yang ditawarkan ini. Inilah kuasa dan kelebihan yang ada pada orang-orang cina.

Justeru,hari ini kelihatan berbondong-bondong pelajar dari sini bertandang datang menuntut ilmu ke Jinan Universiti, Hua Wen Xue Yuan meskipun belajarnya tidak setekun mana pun. Dengan ponteng kelas, lambat datang kelas, gagal exam dan sebagainya. Bukan kejayaan yang dicari tapi sekadar sijil lulus bahasa sahaja. Oleh itu rata-rata mereka ini poteng kelas lebih banyak kerana syarikat tajaan mereka minta buat ini dan buat itu. Sehinggakan ada 2 orang classmate saya dari Turkey yang tak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana kedatangannya kurang dari 80 peratus. Ini ialah perkara biasa yang berlaku saban tahun memandangkan peluang-peluang pekerjaan sudah tersedia di hadapan mata cuma menanti masa dan waktu sahaja. Kedatangan yang tujuan mendapat wang ringgit sahaja berbeza sekali nilai dan caranya dengan tujuan ilmu dan kejayaan.

Saya barangkali satu semester sahaja di sini kerana jika lulus ujian bahasa ini saya akan terus sambung dalam Program Ijazah Sarjana Muda (Medicine Study) di Universiti lain. Tempoh pengajian saya kira-kira lebih kurang 4 tahun sepenuh masa. Kursus pengajian saya dalam bahasa english, bukan mandarin kerana mandarin itu sekadar pengetahuan am sahaja memandangkan saya belajar di sini dengan tajaan syarikat perniagaan. Jadi sudah pastilah matlamatnya perniagaan. Dan setiap perniagaan mestilah dengan keuntungan. Bagaimana kita mahu bekerja dengannya setelah tamat belajar nanti jika kita tidak tahu langsung selok belok perniagaan di China? Maka sudah tentulah satu kerugiaan besar bagi syarikat yang menaja saya kerana kepulangan yang hanya membawa sijil ijazah semata-mata sedangkan jahil Business Knowledge.

Manakala 2 buah kampus yang terletak di luar daerah Guangzhou iaitu di Shenzhen( sempadan China-Hong Kong) dan Zhuhai (sempadan ChinaMacau). Namun kedua-duanya masih terletak di dalam negeri yang sama iaitu Guangdong. Universiti ini adalah antara Universiti yang terkenal di China. Jika dikaji dari segi muka-muka orang Malaysia yang pernah belajar di sini tidak kurang juga hebatnya. Antaranya YB Khalil Idham Lim iaitu ADUN Titi Serong, Perak Darul Ridzuan hari ini. Maka tidak pelik lah jika Universiti ini menampilkan muka-muka Malaysia antara pelajar yang ramai khususnya dari masyarakat Tionghua yang kebanyakkan dari mereka mengambil bidang Pendidikan Bahasa Cina (Chinese Education). Pelajar melayu di sini seramai 14 orang sahaja yang sepenuh masa tidak termasuk pelajar separuh masa.

Kesimpulannya, saya melihat bahawa negara China ini sedang merayap perlahan-lahan ke arena kegemilangannya tanpa disedari umum. Orang-orang yang menyedarinya sahaja akan tahu dan datang ke sini. Ini adalah testimonial kasar yang saya buat kepada sebilangan besar pelajar-pelajar dari Eropah, Afrika, Arab dan Amerika yang mengatakan bahawa China akan maju dalam masa 5 tahun lagi. Kemajuan ini merangkupi mata wang yang sebahagian besar peniaga-peniaga luar negara di sini mengatakan bahawa dalam masa 5 tahun lagi mata wang Yuan (mata wang China) akan lebih tinggi dari Dolar Amarika. Ini bukanlah cerita dongeng atau tahyul tetapi berdasarkan penganalisis bertaraf Profesor dari bidang-bidang Business Management termasuk dari luar negara. Sedangkan United Kingdom yang mata wangnya Pound Stalling sangat besar pun sudah hampir 8000 orang di sini yang kaya raya, inikan mata wang Dolar sahaja tidak hairanlah.

Petikan ini diolah oleh penulis sendiri yang merupakan pelajar di College Of Language & Culture, Jinan University, Guangzhou,Guangdong, China. Ini adalah ringkasan dari maklumat hasil dari sembang-sembang saya dengan beberapa individu-individu kaya dan cerdik pandai di sini.

Tahu kah anda beberapa jenis ubat di Malaysia melalui Jabatan Kimia dan juga Hospital diambil di China? Tahukah anda Klinik-Klinik Kesihatan di Malaysia membuat kajian pengeluaran ubat-ubatan melalui beberapa Universiti Perubatan di China?

Sekadar maklumat dan perkongsian untuk semua. Sekadar ini dahulu bicara ubudiyyah buat Cerita dari Jinan Universiti.

Arena ini akan bersambung dari masa ke semasa. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian maklumat dan pengalaman. InsyaAllah...

Tiada ulasan: