16 Februari 2011

PRK DUN MERLIMAU - PROVOKASI BERMULA, PR HARUS BERSEDIA HADAPI PUAK PENGECUT INI

13 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

MALAM tadi di kawasan PRK Dun Merlimau, DS Anwar bersama `ayam sabung' PAS Mohamad Sabu telah mengempur sarang Umno di dalam satu ceramah di Permatang Serai. Seperti yang dijangka, Melaka yang terkenal dengan agenda `provokasi' terhadap program PR menyaksikan ceramah dua tokoh hebat ini diganggu.

Diberitakan seorang penyokong PAS yang masih tidak diketahui namanya ditahan Polis semasa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung. Pengarah Unit Amal Pusat, Juhari Othman berkata pemuda tersebut ditahan kerana dituduh memukul penunggang motorsikal yang menganggu ceramah Anwar dengan membunyikan motorsikal mereka dengan kuat.. Beberapa pemuda yang dipercayai diupah oleh parti tertentu merempit tanpa menghiraukan teguran pihak penganjur. Tindakan provokasi mat-mat rempit tersebut menyebabkan berlaku pergelutan sehingga insiden tersebut tercetus (Sumber: Laman Web Resmi PRK Dun Merlimau).

Adakah ini yang diimpikan oleh KM Melaka sejak sekian lama? Sebelum ini bukan sekali dua ceramah oleh PR diganggu sedemikian rupa. Provokasi seperti mengadakan ceramah serentak bersebelahan di antara ceramah PR dengan Umno sudah seperti menjadi tradisi di Melaka. Sebab itulah Ali Rustam awal-awal lagi memberitahu bersedia untuk `berdebat' dengan pemimpin PR. Debat cara Ali Rustam adalah debat yang tidak pernah dilakukan orang hatta budak sekolah rendah sekali pun iaitu dengan cara `berdebat' berlainan pentas. Hanya orang yang tidak berpelajaran atau gila sahaja yang mungkin mengatakan cara Ali Rustam ini adalah cara yang paling berani dan bertamaddun.

Akhirnya nanti, pihak berkuasa akan menjadikan sebab mengapa permit tidak boleh diberikan kerana kununnya berlaku kekecohan. Ada yang berkata memang serasi Ali Rustam dengan Ketua Polis Melaka. Siapa Ketua Polis Melaka? Saya pun tidak tahu, tetapi ada yang mengatakan Ketua Polis Melaka sekarang adalah salah seorang Pegawai Polis yang bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof yang pernah terlibat di dalam kes Liwat 1 DS Anwar dan pegawai ini juga dikatakan ditemui oleh Saiful di dalam kes fitnah 2 sekarang.

Pedulikan siapa dia Ketua Polis Melaka, cuma kita berharap agar beliau dapat laksanakan tugas secara profesional.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertandingan di Merlimau sama spt di Tenang dan Bgn Pinang yang saya rasa berat sebelah. Bila kita berkeras untuk melawan maka akan disibarkan berita kita suka cari gaduh. Di Bgn Pinang, pemuda dari pantai timur datang untuk membantu pemuda di PD waktu itu, mereka menyibarkan risalah-maklumat kepada penduduk tempatan bahawa Pas import samseng luar dan buat kacau dalam kampung.