13 Rabiul Awal 1432 H.
(BATU GAJAH) - Kempen keahlian Pemuda PAS yang di bawa oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan tema 'orang muda geng kita' berjaya menarik minat golongan muda untuk bersama dengan PAS.
52 orang daripada kalangan orang muda di Kampung Sri Jaya, Batu Gajah telah membuat serahan borang bersempena kempen yang telah dijalankan oleh Pemuda PAS disemua peringkat.
Kempen bergerak kali ini bersama dengan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Negeri Perak yang menggantikan Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS di majlis tersebut.
Antara yang turut meraikan mereka ialah Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang menerima keahlian PAS tersebut. Turut hadir ialah Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak.
Bersama juga meraikan ialah pimpinan PAS Kawasan Batu Gajah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah, Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berceramah meraikan kemasukan mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan