16 Februari 2011

YB Khalil Idham Lim jumpa JK Hak Dun Perak 25 Februari ini

13 Rabiulawal 1432H [MOD]-

Dalam twitternya YB Drs Khalil Idham Lim menulis beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan dewan pada 25 Februari pada jam 10 .oo pagi di Bangunan SUK Ipoh.

Khalil Idham telah menerima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak memaklumkan supaya hadir dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan .

YB Khalil Idham Lim dipanggil oleh Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana sewaktu berbahas di DUN Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh ke dalam DUN Perak.

Sementara itu menurut twitter YB Khalil Idham Lim beliau akan mengadakan sidang media sebelum beliau memberi reaksi surat dari Setiausaha Dewan DUN Perak.(SB)

Tiada ulasan: