09 Mac 2011

Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000

04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama ahli parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.

Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.

Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.

Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.

Berhubung isu portal First Lady of Malaysia (Flom) pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah.

3 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kalau nak tahulahkan, tahun lepas sahaja bini najib ni shopping kat pameran kraftangan msia tu sahaja dah cecah rm100K lebih. belum kira thn ni lagi

blm kira kos shopping lain

ishh ishhhh ishhhhh

rakyat ke didahulukan?

Tanpa Nama berkata...

celaru sungguh kat Malaysia ni..

Najib : U dont worylah Din..kat Malaysia ni..rakyat x akan guling kita macamana jadi kat Mesir. Setakat bini i buat sibuk dlm kerajaan or kita balun duit projek...rakyat malaysia semua ok punya??

Mahyudin : betoi cakap u..jib. baru kita kejut pasai saman saja..i tengok beratur habis depa bayar..berjuta kita buat collection hari tu..

Najib : u check tengok dengan hisyam..bila kita nak kejut lagi..election serawak dah dekat ni..modai nak pakai banyak!!

Bini menteri n anak2 menteri sibuk p makan angin pakai duit rakyat..rakyat beratur dari pagi bayar duit saman. Kalau kerajaan Mesir buat macam ni lah...20tahun dulu hosni mubarak dah kena guling..tapi d malaysia kita tunggu tsunami saman untuk 2nd round.

mizztraveller berkata...

ic banyak nya .mmm ...kasihan juga jadi rakyat ...mcm hamba ...
susah kerja ..kena tanggung orang ....