17 Mac 2011

Suspek pemancit tayar kereta berjaya diberkas, Umno tak mengaku ahli

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj terhadaap kenderaan pengunjung semasa ceramah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Dia berjaya ditahan sekumpulan petugas semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama. Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya dan dia mengaku kereta tersebut bukan miliknya.
Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian tersebut, lebih 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

7 ulasan:

Kasturi berkata...

X de bagi sedikit ke.....sebelum serah kepada polis?

Tanpa Nama berkata...

bagi biaq kejang

faazawanz berkata...

ADUH ORANG MACAM NI PUN ADE KE BUSUK PERUT BETUL

Tanpa Nama berkata...

bagi sediki camne tuh...huhu

ah sam berkata...

dah lama dah ; apa nama

Tanpa Nama berkata...

penampaq jepun la...boh penendang sekali..baru ada akai...pastu baru nasihat..

Tanpa Nama berkata...

bagi peng'ajar'an sikit..