13 Mac 2011

Tsunami@Jepun : Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal

07 Rabiulakhir 1432H (Mod).

Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

na'uzubillah kan...
mcm2 musibah..

minta Malaysia dijauhkan dpd perkara2 buruk.

Myvitrd berkata...

nilah risikonya bila sesebuah negara ada Nuklear