13 Mac 2011

Tsunami@Jepun - Angka korban mungkin mencecah puluhan ribu

07 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Tokyo - Angka tidak rasmi setakat ini seramai 10,000 orang masih hilang di kota pelabuhan Minamisanriku di kawasan yang diguncang gempa di Miyagi, Jepun demikian laporan dari stesyen NHK, Sabtu.

Jumlah tersebut adalah lebih separuh dari keseluruhan 17,000 warga di kota kecil di pantai Pasifik tersebut, kata NHK.

Pemerintah tempatan berusaha mencari mereka dengan bantuan Pasukan Sukarela Jepun, kata media elektronik itu.

Seramai 7,500 orang dari pelabuhan itu telah dipindahkan ke 25 tempat perlindungan. Namun mereka belum menemui lagi 10,000 ribu orang
Angka kematian rasmi keseluruhan bencana tersebut setakat ini kekal melebihi 574 orang dengan 1,115 lagi masih hilang manakala 1,128 yang lain cedera.

Berikut adalah perkembangan utama setelah gempa 8.9 pada skala Richter mengguncang timur-laut Jepun pada Jumaat yang mengakibatkan Tsunami.

* Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengarahkan operasi menyelamat besar-besaran melibatkan lebih 50,000 anggota tentera selepas gempa bumi kuat dan ombak besar tsunami mengorbankan lebih 1,000 orang di timur laut Jepun.

*Beliau memberitahu, sekitar 200 pesawat tentera dan 25 buah kapal akan dihantar ke timur laut Jepun, bahagian yang paling teruk terjejas dalam malapetaka itu.

*Sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.

*Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 140,000 penduduk berdekatan dua reaktor tenaga nuklear ke tempat lain yang lebih selamat. Demikian laporan dari Badan Pengawas Tenaga Atom PBB.

*Akibat letupan yang menerbangkan atap bangunan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebocoran radiasi di Stesyen Tenaga Nuklear di sebelah utara ibukota Jepun itu.

* Sekurang-kurangnya tiga warga Jepun terkena radiasi . Tiga orang itu yang dipilih secara rambang untuk diperiksa dari sekitar 90 pesakit yang pernah dirawat di rumah sakit di kota Futaba-machi, kata NHK (Nippon Housou Kyoukai)

* Terbaru ; Menurut laporan Kyodo pada Ahad, 15 orang berdekatan pusat tenaga nuklear Fukushima terkena radio aktif.
Namun, seorang dari pejabat lembaga keselamatan nuklear Jepun sebelumnya mengatakan jumlah orang yang terkena pancaran radiasi akibat peristiwa itu boleh mencapai 70 hingga 160 orang. - Agensi

1 ulasan:

Awanama berkata...

Sya brasa snggh smpti akn mngsa snami Jepun.Sya harp mreka brsbr dgn dgaan yg tlh brlaku ini.