TOKYO: Pengendali loji nuklear yang membocorkan radiasi di Jepun menyatakan ia mensasarkan untuk menamatkan krisis itu dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.
Pengerusi Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Tsunehisa Katsumata, memberitahu sidang media di sini bahawa syarikat sudah menyediakan pelan berfasa bagi menamatkan krisis dan membolehkan penduduk berhampiran loji itu yang dipindahkan kembali ke kediaman mereka.
Katanya, dalam tempoh tiga bulan pertama syarikat berharap dapat mengurangkan tahap kebocoran radiasi dan tiga atau sembilan bulan selepas itu dapat mengawal pelepasan bahan radioaktif.
Loji itu rosak akibat gempa bumi kuat yang disusuli tsunami pada 11 Mac lalu. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan