17 April 2011

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Keputusan keseluruhan PRN Sarawak , BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

2 ulasan:

mehmed berkata...

Alhamdulillah...

Qaseh Bonda berkata...

Sikit2 lama2 jadi bukit. Tau pulak takut. Bertaburan janji2 manis.
Biarkanlah mereka menunaikan janji2 pada rakyat yang lama terbiar. Mesej itu jelas yang mereka kena bayar hutang2 lapuk.