17 April 2011
Taib janji berundur pertengahan penggal
13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini". Saya tidak pasti siapakah yang akan percaya dengan janji ini ?
Sebelum ini Taib pernah berjanji untuk berundur selepas 5 tahun dari tahun 1995
Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995 (Gambar), pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun.
Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin pernah berbohong dalam isu pengunduran jawatannya.
Taib mendakwa beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.
"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.
"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.
Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.
Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).
PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.
PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.
Bagi saya rakyat Sarawak banyak yang faham kepada isu sebenar yang disampaikan dalam kempen PR sepanjang kempen PRN namun mereka tidak sampai kepada tahap untuk menterjemahkan keatas kertas undi.
Isu-isu lapuk yang dimainkan oleh jentera BN dan politik pembangunan yang merupakan talian hayat BN yang utama menyebabkan 55 pratus pengundi masih menyebelahi BN dan memungkinkan BN masih berkuasa sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tgg si tua nie meninggal la baru ada perubahan pemimpin.. p/s apasal dia nk risau sgt tentang pembangunan sarawak? bersara je la,kasi org lain plak majukan serawak..
Catat Ulasan