Rakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan Sarawak di bawah BN. Keputusan sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Aziz Pengerusi SPR sebagaimana berikut:
Bil. Parti Jumlah Kerusi Jumlah Undi Peratusan
1. BN 55 372,379 74.6
2. DAP 12 134,847 12.7
3. PKR 3 117,100 4.2
4. Bebas 1 20,064 1.4
5. PAS 0 9,719 -
6. SNAP 0 15,663 -
7. Cinta M`sia 0 - -
Undi rosak ialah 8,224
Peratus keluar mengundi ialah 70%
Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 juta
Pengundi 979,796
Pusat mengundi 1,749 tempat
Calon bertanding 213
Kerusi 71
Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41.
Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan:
a) Dengan keputusan di atas Perdana Menteri, Dato` Seri Najib dapatlah dikatakan berpushati kerana dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Usaha beliau berulang alik ke Sarawak bersama Tan Sri Muhyiddin berbaloi.
b) Sarawak masih menghadapi masalah kepimpinan. Masa yang baik Taib Mahmud berundur sepatutnya digunakan bagi pelantikan Ketua Menteri yang baru. Tetapi Majlis mengangkat sumpah Taib diadakan tergesa-gesa untuk mengelak dari tekanan dan jawatan terlepas kepada orang lain.
c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Menteri. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan.
d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP.
e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu.
f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimanapun, pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan Pas pada masa hadapan.
g) Semua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi Sarawak semakin terbuka.
h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan.
Dipetik daripada blog Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)
4 ulasan:
Cina mengundi DAP bukanlah kerana sebab yang diberikan ... tetapi kaum Cina ni nak berkuasa.. setelah mencapai kemajuan di dalam ekonomi the next logical step ia lah untuk mendapat kuasa, kerana kuasa adalah segalanya..
SUPP/MCA/Gerakan di pandang kaum cina sebagai "YES" man sahaja, di mana mereka kata mengikut telujuk BN (Bumiputra). Jadi mereka hendak memecahkan belenggu ini... DAP (yang memperjuangkan hak cina ini) di lihat sebagai satu vehicle yang dapat realisasikan impian mereka untuk mendapat kuasa....
Jadi apa-apa yang diberi kepada kaum cina ini oleh kerajaan atau apa-apa yang dibuat oleh SUPP/MCA/Gerakan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada mereka kerana mereka maukan kuasa.....dan DAP is the way to go kepada mereka.
Oleh yang demikian.... wahai kerajan BN... pandai pandai lah fikir .....
Apa lah Fencesitter masih lagi terbawa-bawa dengan politik perkauman yang dah basi serta jumud tu. Dlm dunia sekarang, segala maklumat mudah diperolehi-cuba tengok key performance atau hasil kerja kerajaan BN UMNO ni-berjaya ke dia menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat, khususnya orang melayu spt mana ia wawarkan? Yg dia berjaya hanyalah membentuk segelintir orang Melayu kaya raya yg merupakan ahli keluarga mereka, kroni2 nya dan rakyat marhaen masih terus miskin...perjuangan bangsa konon nya. Cuba tegnk perjuangan Pakatan Rakyat yg melangkau bangsa di Pulau Pinang, Selangor, baru 3 tahun dah nampak output nya/hasil nya...Tak payah lah dilabel DAP tu sbg parti perkauman sedangkan UMNO & BN tu sesunggohnya lah parti elit Melayu, berjuang menggunakan bangsa Melayu tanpa niat mau menolong bangsa maupun agama. Penyalahgunaan kuasa terlalu banyak sehingga sukar mau ditutup bagai menutup bangkai gajah...Buka-buka lah minda anda wahai Fencesitter, maklumat & keterangan serta bukti banyak ada, hanya orang bodoh & jahil sahaja sukar utk membuat penilaian terhadap maklumat yang ada dlm media baru ini.
Fencesitter......SATU SOALAN...BOLEH KER 15 KERUSI BERKUASA?
Ini seorang lagi ( fencesitter ) yg mindanya tertutup. DAP adalah parti berbilang kaum.
Catat Ulasan