Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik
Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier
Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.
Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.
Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.
4 ulasan:
Assalamualaikum...
ada yang mencadangkan..jika nak tinggalkan laptop dalam kereta, pastikan bawa sebuah periuk besi yang muat laptop, sekali ngan tudungnnya pun besi. sbb kalau cabut bateri pun bateri cmos masih ada lagi..kalau cabut bateri cmos semua memori spt jam dan lain akan ter'reset' semula apabila bateri dipasang kembali....
Just to share
Wasallam
tmekasih..nice info..
Cuma apa kaitannya antara periuk tu ngan laptop...?mhn penjelansan tanpa nama .....terima kasih
MINTA IZIN COPY
Betul tu...nak kurangkan medan elektronik boleh le pakai kuali atau periuk tu.... agak kelakar bunyinye tapi berguna... tryle...
Catat Ulasan