17 April 2011

Jordan tahan 70 penunjuk perasaan

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

17 April – Pasukan keselamatan Jordan semalam menahan 70 penunjuk perasaan selepas tercetusnya protes ganas yang menyebabkan hampir 100 orang cedera.

Suspek yang merupakan pergerakan ultra konservatif Sunni Islam Salafist ditahan ketika operasi di bandar Zarqa dan Rassifeh, beberapa jam selepas penunjuk perasaan menyerang polis.

Perdana Menteri Maaruf Bakhit menuduh pergerakan itu memiliki pertubuhan bersenjata dan menegaskan kerajaan akan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan. – AFP

Tiada ulasan: