26 April 2011

Barca Bukan Pilihan

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LONDON: Selepas kerap dilabel sebagai pasukan terbaik dunia musim ini, Barcelona akan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang musuh tradisi Real Madrid sebagai pasukan underdog.

Madrid menewaskan Barcelona, 1-0 di final Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dan memperoleh jaringan lewat permainan ketika seri 1-1 pada pertemuan liga kedua-dua pasukan hujung minggu lalu.

Jurulatih Madrid, Jose Mourinho tampil dengan taktikal lebih baik berbanding rakan sejawat di Barca, Pep Guardiola hasil pengalamannya bersama Inter Milan dari Itali yang menewaskan pasukan itu di separuh akhir musim lalu.

“Tidak ramai yakin kami akan menang tapi kami akan berusaha melakukannya,” kata Guardiola. Pasukannya ketika ini lapan mata di depan Madrid di puncak La Liga. “Kini terbukti Madrid pasukan yang lebih baik berbanding kami.” Separuh akhir kedua menemukan Schalke 04 dari Jerman dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United di Jerman awal pagi Rabu. Apakah Schalke, pasukan yang penuh kejutan musim mampu meneruskannya ketika berdepan United.

“Kami adalah pasukan pilihan tapi ia langsung tidak membuktikan kami boleh menang,” kata kapten United, Nemanja Vidic.

Pertemuan dua kuasa bola sepak Sepanyol di Santiago Bernabeu adalah pertembungan ketiga kedua-dua pasukan dalam tempoh 12 hari, dengan perlawanan keempat clasico iaitu perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara berlangsung pada 3 Mei.

Barcelona, juara tiga kali Liga Juara-Juara seperti juga United, menjadi pilihan merebut gelaran selepas kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi sensasi dengan jentera serangan yang mantap. - AP

2 ulasan:

Pejuang Muda berkata...

visca el barca...

Tanpa Nama berkata...

YB Simbol barca tu ada simbol salib