05 April 2011

PAS gesa rakyat Sarawak buat perubahan

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, : PAS menyeru rakyat Sarawak membuat perubahan pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu mengemukakan calon yang boleh mewakili semua pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Dun Sebuyau di Markas Kampung Ulu Sebuyau, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh masyarakat Iban dari enam buah rumah panjang di situ.

Tambahnya, PAS juga turut mengemukakan anak tempatan yang dikenali ramai bagi mewakili rakyat jika dipilih ke Dun Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid adalah Pesuruhjaya PAS negeri yang mempunyai keluarga besar dan ramai kenalan di Dun itu.

Justeru, katanya para pengundi perlu memberikan undi mereka kepada calon PAS yang dikenali ramai bagi membawa suara mereka ke Dun Sarawak nanti.

Sementara itu, Adam (gambar atas) pula mengucapkan terima kasih kepada parti yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon PAS di Sebuyau.

Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang diwakili sekiranya dipilih pada pilihan raya itu nanti.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oghang seghawak!!!tolongla jangan jadi macam orang kek tompek den,berpuluh-pulu kali kono tipu,pokat boto darahnya...kalau luko darah yang keluar pun warna biru...masalah boto....sobolum ngundi tu imbas-imbaskan la dulu kekayaan taib dan kemiskinan rakyat seghawak tu!kalau tak berubah macam tu jugakla tuan2 dan puan!