05 April 2011

Rakyat Sarawak tolak pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Hafizi pauzi

PARIT BUNTAR, 5 April : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata bahawa Umno perlu cermin diri dahulu sebelum mengata pihak lawan dari Pakatan Rakyat.

“Mereka ( Umno ) langsung tiada tempat di satu DUN pun berbanding PAS,PKR dan DAP yang bertanding pada pilihanraya 16 April ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak pertelingkahan dalaman Umno sejak dahulu telah membuatkan rakyat Sarawak hilang dan tiada keyakinan langsung terhadap parti kebangsaan Melayu itu, buktinya Umno langsung tiada tempat walau satu kerusi pun di Sarawak.

"Usaha sekian lama untuk UMNO bertapak di Sarawak ternyata gagal sehingga sekarang" Tegasnya

Tambahnya situasi ini amat memalukan memandangkan parti Umno mendominasi kerajaan persekutuan dan mereka juga adalah pimpinan tertinggi negara namun mereka masih gagal untuk bertapak di Sarawak walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pemimpin Umno.

“Krisis dan pertelagahan dalaman Pemilihan UMNO tahun 1987 mengheret Umno ke mahkamah dan diharamkan pada tahun 1988 . layaklah UMNO ditolak oleh rakyat Sarawak,” ujarnya.

“Pemimpin UMNO yang ada sekarang datang ke Sarawak untuk menipu rakyat Sarawak dan sekiranya Malaysia terus ditadbir umno dan BN, risikonya ditanggung rakyat dan Negara makin menuju kehancuran,” jelasnya.

“Fakta dan perkembangan terbaru menjelaskan bahawa Umno perlu diganti dengan parti yang baru, parti yang menggantikannya seharusnya memiliki daya saing serta maju dari segi cara berfikir, bukannya hanya pandai cari salah pihak lawan ” jelasnya lagi.

Dalam pada itu YB Khalil yang juga Adun Titi Serong mengatakan perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk.

“Perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk bila gelombang fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim diikuti dengan fitnah video seks . Selain itu provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan begitu dahsyat melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa membuktikan bahawa BN sudah kehabisan isu untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat” jelasnya lagi.

“Rakyat Sarawak yang bijak perlu menilai situasi ini, prioritinya sekarang adalah untuk menyelamatkan Sarawak dan Malaysia dari terus ditadbir oleh Umno BN,” katanya lagi.

“Saya menyeru kepada pengundi supaya selamatkan Malaysia dari cengkaman pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN yang datang ke Sarawak, pemimpin itulah yang telah menafikan banyak hak Sarawak kepada rakyatnya dan mereka mesti ditolak dan dikalahkan." katanya

1 ulasan:

Asaz berkata...

assalamualaikum numpang ulasan
hati hati terhadap penipu
kunjungilah blog saya