05 April 2011

PKR bidas tahanan ISA OKU

01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

PKR hari ini membidas penahanan seorang rakyat Malaysia, Kadir Hashim mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, jika benar Kadir yang juga anggota Pemuda PKR terbabit dengan kegiatan militan di Kemboja, beliau perlu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya ditahan tanpa bicara.

NONE“PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

“Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak yang semakin hampir,” katanya dalam satu kenyataan.

Azizah berkata, desakan rakyat supaya kerajaan memansuhkan akta zalim itu langsung tidak diendahkan kerajaan persekutuan bahkan parti pemerintah itu semakin angkuh menahan rakyat Malaysia dengan menafikan hak mereka untuk dibicarakan.

Menurutnya, jika terbukti Kadir bersalah dan terlibat dengan aktiviti militan itu, banyak akta dan undang-undang yang boleh digunapakai untuk menghukum Kadir. Umpamanya, Akta Polis, Kanun Keseksaan dan banyak lagi.

Azizah turut menyifatkan penahanan Kadir yang juga seorang peniaga yang digolongkan sebagai orang berlainan keupayaan (OKU) sengaja digembar gemburkan demi menenggelamkan isu- isu panas yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: