02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita.
Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang.
Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik.
Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan?
Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik.
Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah.
Oleh: WFAUZDIN NS
1 ulasan:
sbb itu kita ada otak dan akal yg Allah kurniakan kpd kita bertindak lah waras dan selari dgn ajartan Allah bukan dgn hawa nafsu dan mengikut golongan yg berkepentingan tanpa menggunakan akal kita yg mana tindakan kita akan menjerumuskan kita ke dlm kancah dosa yg amat besar dari dosa membunuh..pengaruh anwar memang hebat semasa dlm ABIM ehingga di kenali di dunia islam lantaran itu lah mantan PM Tun mahathir mempelawa anwar ke dlm umno sebelum anwar masuk ke dlm PAS, SAYA MASIH INGAT SEMASA ANWAR berceramah di masjid kg Bhartu dlm thn 80 an dulu tentang isu Pelastin byk truck2 FRU di sekeliling masjid kg bharu itu lah secebis kisah anwar dari byk kisah dan di ketika bujang nya juga anwar kerap melakukan solt sunat tahajjud sbb itu kekuatan dalaman nya mantap dgn ROH ISLAM biar pun di dera di seksa semasa dlm tahanan sehingga mata nya lebam krn di tumbuk oleh bekas KPN yg mana mahathir kata anwar pukul dirinya sendiri lojik kah?..sbb itu bila terpampang di dada akbar kes liwat 1 aku lansung x percaya dan akhirnya kita dpt saksikan bagaimana org2 yg merancang utk buat fitnah bagaimana kesudahan kematian mrk. Dr Rastina, peguam negara mokhtar abdullah dll. x payah cerita lah, kalau ssiapa mengikuti perbicaraan kes liwat 1 yg akhir nya anwar di jatuhkan hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa bukan liwat penyokong2 tegar umno anda yg turut menyokong maka anda juga sama2 mendapat dosa besar krn bersekongkol dgn mrk yg memfitnah, org lain dpt imbuhan anda dpt dosa, kalau mati mrk x dpt menolong anda tp amalan taqwa anda kpd Allah swt. bertaubat lah dan insaf lah mudah2an anda dan keluarga anda di jauhi Allah dari bala bencana dan musibbah...wasallam
Catat Ulasan