11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.
PARIT BUNTAR, 12 Mei : Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai puji diri sendiri seperti peribahasa “masuk bakul angkat sendiri”.Ketua Penerangan Pas Perak Yb Drs Khalil Idham Lim.
Najib Razak dipetik sebagai berkata bahawa UMNO masih lagi menjadi jenama yang sangat tinggi nilainya dalam kalangan rakyat sedangkan realitinya UMNO menghadapi kemerosotan besar sokongan dari rakyat.
“Saya cabar beliau (Najib) supaya biar rakyat menilai parti itu secara terbuka dan dedahkan jika berani . Malah saya sahkan kekuatan UMNO pada masa sekarang adalah dengan bantuan "alat pernafasan" seperti SPR dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya Najib sudah tertekan dengan taktik politik kotor dan lucah yang tidak menjadi tambahan pula rakyat dapat menghidu strategi lucah dan jijik BN yang menyerang Pakatan Rakyat.
“Talian hayat demi talian hayat yang mereka (BN) guna, rakyat makin nampak kerja kotor politik BN untuk kekal berkuasa di persada politik Negara,” katanya lagi.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong bagaimana mungkin parti itu berjenama kalau peratus pengundian kepada calon UMNO dan BN makin merosot.
"Paling memalukan bila UMNO yang ada sekarang adalah jenama baru selepas UMNO diharamkan pada tahun 1988" jelasnya
Khalil Idham Lim yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata UMNO dan BN yang sudah separuh abad memerintah Malaysia sepatutnya semakin ramailah penyokongnya sambil menyifatkan senario semasa menunjukkan perkara sebaliknya berlaku.
Beliau yang juga pengerusi Idham Care menambah rakyat boleh menilai jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR dalam 15 siri pilihanraya kecil (PRK) sejak selepas PRU 2008 dimana keupayaan PR menang 4 dari 6 kerusi PRK Parlimen dan PR menang 5 dari 9 kerusi DUN. Realiti ini membuktikan dan menafikan bahawa UMNO adalah jenama yang sangat tinggi nilainya.
"Penolakan rakyat terhadap UMNO telah dan sedang berlangsung dalam keadaan UMNO merayakan ulangtahun ke 65, Kerana itu saya yakin usianya akan berakhir pada PRU ke 13 nanti". Tegasnya.
“Malah PRN di Sarawak telah menunjukkan betapa BN dan UMNO cemas dengan peratusan undi populer BN turun 10 pratusi,” jelasnya.
“Saya yakin gelombang penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN akan terus kekal dalam keadaan pelbagai usaha yang dilakukan oleh mereka tidak menjadi. Paling malang segala langkah saya sifaktkan sebagai "senjata makan tuannya" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan