14 Mei 2011

Pemandu Maut, Bayi Parah dalam kemalangan

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



IPOH 14 Mei — Seorang maut manakala tiga lagi termasuk seorang bayi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai di sini malam tadi.

Pemandu kereta itu, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang bertugas di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Mereka yang cedera parah ialah kakak Abdul Fatah iaitu Suriani, 31, dan dua anaknya iaitu Nik Fawas Mohd. Fazli, 5, dan Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, tiga bulan.

Kesemua mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala seorang lagi anak perempuan Suriani berusia dua tahun yang turut berada dalam kereta itu tidak cedera, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd. Rodzi Rejab.

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam tadi itu, Suriani dan anak-anaknya menumpang kereta adiknya untuk pulang ke rumah mereka di Manong, Kuala Kangsar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes jadi waktu malam. PLUS byk duit letak la lampu jalan ke, reflektor ke, cat putih baru dll. dah tau org gerak malam2 dgn penat sekali, bg la jalan yg ok skit. ini biar bergelap sepanjang jalan.

Tanpa Nama berkata...

semoga roh arwah ditmptkan di klngn roh2 org beriman... smoga kak nani dan anak2 cepat sembuh... serta semua ahli keluarga yg lain tabah dan redha mghadapinya.