14 Mei 2011

Libya Nafi Gaddafi Cedera, Tinggalkan Tripoli

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 



LA BAGNAIA, 14 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi dipercayai telah meninggalkan ibu negara Tripoli dan kemungkinan besar mengalami kecederaan, kata Menteri Luar Itali Franco Frattini semalam.
Frattini memberitahu pemberita di Tuscany, beliau dimaklumkan oleh Giovanni Innocenzo Martinelli, biskop Katolik di Tripoli bahawa "Muammar kemungkinan berada di luar Tripoli dan kemungkinan telah cedera akibat serangan udara Nato."

Bagaimanapun kerajaan Libya segera menafikan laporan itu.

Laporan stesen Al-Arabiya memetik seorang jurucakap kerajaan yang menafikan Muammar mengalami kecederaan. 

Reuters

2 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat tuan.

Catatan tuan dan ulasan berita terkini mengenai nasib Pemimpin Libya Muamar Gaddafi selepas diserang Nato cukup trajis sekali. Nampaknya apa yang diduga sememang tepat seperti apa yang berlaku keatas Saddam Husin yang lalu.

Persengkataan dalaman telah membuka jalan orang asing untuk mengambil kesempatan menceroboh dan memusnahkan negara Islam satu demi satu. Sebenarnya mereka cukup licik menggunakan pembangkang dan mereka yang anti Gaddafi dalam menyembunyikan niat asal kearah menghancurkan satu demi satu negara yang dianggap gagah dan bisa melawan jika berhadapan secara total.

Muslihat mereka lebih tersusun dengan menyalakan api dalaman dan setelah marak maka mereka terus memamah BUMI ISLAM atas restu PBB.
Inilah tektik yang sering dicipta agar anak bangsa sendiri bangkit memberontak dan lalu mereka bangkit dari belakang untuk menyembelih mana-mana yang cuba menentang. Akhirnya kerajaan boneka akan dimartabatkan diBUMI Libya.

Hati-hatilah kerana benih-benih api itu seakan mahu juga ditiup ke negara ini jika mata kita tidak tajam dan bibir ahli politik saling menfitnah antara satu sama lain lalu kebencian akan merebak dan menyemarakkan api permusuhan yang akan membuka ruang dan pintu untuk orang asing menuju kemari lalu mencipta lakonan berdarah seperti di Libya...Apakah mungkin begitu ..???? ..walahualam

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah salah seorang aktivis kepada pembebasan Libya.. Kami telah bergerak begitu lama dengan pelbagai aktiviti dan seruan terhadap umat Islam supaya bertindak ke atas pemimpin kejam Libya..
Saya begitu berharap supaya Pak Cu Rantau Panjang buat kajian sedikit tentang apa yang diperkatakan. Saya yakin bahawa Pak Cu Rantau Panjang selaku penyokong tegar UMNO/BN cuba timbulkan sentimen ini untuk kepentingan UMNO/BN. Takut-takutkan orang ramai dengan teori revolusi yang merugikan rakyat bertujuan untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN di bumi Malaysia ini...

Pertama : Perkara yang berlaku di Libya hari ini amat berbeza dengan apa yang berlaku di Iraq. Ini kerana, tanpa bantuan NATO & PBB nescaya Regim Muammar Gaddafi akan terus menerus membunuh rakyatnya tanpa belas kasihan. Kini sudah lebih 15,000 penduduk Libya dibunuh, dirogol, dan diperlakukan dengan kejam.. Kenapa? Untuk tujuan mengekalkan kuasa yang rakus dan terus menindas rakyat serta mengaut kekayaan serta hasil mahsul negara buat dirinya dan keluarga. Ianya sudah berlaku selama lebih 40 tahun.

Kedua : Tanpa bantuan NATO/PBB serta Perancis baru-baru ini, tentunya pembunuhan besar-besaran berlaku di Misrata dan juga Benghazi.. Tripoli merupakan bandar terakhir serta kubu kuat Gaddafi.. Kerana ini itu dia begitu bersungguh-sungguh mempertahankannya dan sanggup membunuh imam-imam dan meletakkan di tempah kejadian dengan tujuan menuduh NATO yang membunuh Imam orang Islam.

Jangan terpedaya dengan dakyah sebegini yang bertujuan mengekalkan kuasa regim sebagaimana UMNO/BN yang ingin mengekalkan regim mereka di bumi Malaysia yang bertuah ini..

Hati-hatilah dengan mereka yang berpendirian seperti Pak Cu Rantau Panjang yang terkenal dengan pengikut tegar UMNO/BN ini.. Selamatkanlah bumi Malaysia yang bertuah ini...! Takbir!!!