11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
GOMBAK, 14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.
Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.
Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.
"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.
"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.
"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.
Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.
Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.
Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.
Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.
"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.
Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.
"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.
Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.
"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.
Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".
Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.
Sokong Pakatan Rakyat
Sementara itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.
"Bagi saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.
Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.
"Utusan hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.
"Saya tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.
Hata dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.
Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi peguam PAS, Hanipa Maidin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan