14 Mei 2011

Dadah RM37j Dalam Kampit Simen

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


PELABUHAN KLANG – Jika bukan kerana kecekapan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, kehidupan dua lelaki Pakistan tentu akan berubah menjadi kaya raya sekelip mata apabila dapat menyeludup heroin tulen gred tinggi bernilai RM37.8 juta ke sini.

AZIZ (tengah) dan Nordin (kiri) menunjukkan sebahagian heroin yang dirampas dari sebuah kontena pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang

Bagaimanapun, maklumat awal yang diperoleh mengatakan lima buah kontena dari Islamabad, Pakistan yang tiba di Pelabuhan Utara di sini pada 18 April lalu mengandungi heroin seberat 214.5 kilogram telah menggagalkan usaha jahat mereka untuk mengedar heroin di Asia Tenggara.

Jika siap diproses, nilai dadah tersebut boleh menjangkau hingga tiga kali ganda iaitu hampir RM100 juta.

Difahamkan, lima kontena berukuran 1.8 meter persegi setiap satu itu dibawa oleh kapal pengangkut melalui Pelabuhan Karachi yang terletak kira-kira 4,400 kilometer dari sini. Kapal itu didaftarkan di luar negara.

Mengikut rekod pengirim, kontena-kontena itu diisytiharkan membawa 560 kampit simen.

Tiada ulasan: