14 Mei 2011

Lelaki Putus Cinta disimbah Asid

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KANGAR – Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.

Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah semalam. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur

Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.

Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.

Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.

Tiada ulasan: