06 Mei 2011

Dijemput Ajal Pada Waktu Maghrib

2 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Saga yang remuk setelah bertembung dengan kereta Volvo dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah

PASIR MAS - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini kelmarin.

Kejadian pukul 7.20 malam itu menyebabkan dua remaja berusia 16 tahun, Chik Shamsuddin Mat Ghapar dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin dari Kampung Kubang Chenok mati di tempat kejadian. Ketika kejadian, mereka menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tidak mempunyai lesen.

Turut terkorban ialah seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave, Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta seorang pemandu kereta, Wee Thai Kit, 40, dari Chabang Empat, Cherang, Kota Bharu.

Seorang lagi pemandu kereta, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, parah manakala anak Ariff, Mohd. Alif Azham, 12, cedera ringan akibat tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal yang dinaiki Ariff serta anaknya.

Katanya, ketika itu, motosikal remaja berkenaan ditunggang dengan melawan arus.

"Ekoran pertembungan itu, kesemua mangsa kecuali Mohd. Alif tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh dua buah lori. Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah yang sama cuba mengelak mangsa-mangsa sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu Thai Kit.

"Kesemua mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Hazayudi patah jari kelengkeng tangan kanan. Mohd. Arif pula cedera ringan," katanya.

Tambahnya, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sementara itu, abang Muhammad Faizal, Muhammad Khairul, 18, memberitahu, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya itu rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.

"Saya terkejut apabila mendapati adik saya sendiri terlibat dalam kemalangan itu. Ketika kejadian, dia bersama sepupunya hendak pergi membeli nasi," ceritanya yang memberitahu mangsa merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang tua tua selalu melarang keluar rumah waktu maghrib. Arwah bapa saya kalau balik rumah waktu maghrib, lebih lebih lagi kalau sudah azan, siap lah dikerjakan nya!!! Anak anak muda sekarang tiada batas waktu keluar rumah, rasa nak keluar terus keluar walau pun azan sedang berkumandang tak kira waktu solat apa sekalipun. Marilah kita kembali kepada Islam yang syumul, InsyaAllah kita semua akan selamat dunia & akhirat. Sekadar pandangan peribadi. Tk

HERBA PENAWAR AL-WAHIDAH berkata...

AL-FATIHAH

Cik Salasiah binti Ismail (198852) berkata...

al-fatihah,driNya kita datang ..kepadaNya jua kita kembali...