29 Jun 2011

Mayat tertiarap bawah pokok

27 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU – Penduduk terkejut apabila menemui mayat lelaki tertiarap di bawah pokok selepas dipercayai menggantung diri di kawasan semak Kampung Lundang dekat sini, petang kelmarin.

Mayat lelaki tidak dikenali berusia 30-an itu ditemui Wan Salleh Wan Mahmood, 64, yang melalui kawasan itu untuk mencari lembu miliknya kira-kira jam 4.30 petang.

Wan Salleh berkata, dia kemudian memaklumkannya kepada penduduk bagi melaporkan kepada polis.

“Saya tidak selalu melalui kawasan semak itu, secara kebetulan saya ke situ untuk mencari lembu dan melihat mayat manusia berada di bawah pokok,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis segera ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan selepas menerima panggilan penghulu kampung.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit berada di bawah pokok dan sudah meninggal dunia.

“Hasil siasatan di kawasan berkenaan, pasukan kita menemui tali yang tergantung pada dahan sebatang pokok,” katanya.

Azham berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mengenal pasti punca menyebabkan lelaki terbabit mati.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinar Harian difahamkan lelaki berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu bertindak menggantung diri sebelum ditemui mati, bagaimanapun ketika mayat ditemui, tali yang digunakan itu terputus.

sianrharian/-

Tiada ulasan: