29 Jun 2011

Polis sita tapak ceramah BERSIH

27 Rejab 1432H. [MOD] -

Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Gombak pagi ini disita oleh pihak polis yang dipercayai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membantutkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata anggota polis itu tiba dengan dua kereta pada jam 10.30 pagi dan mereka dengan segera mengepung kawasan itu dengan pita kuning di dewan Kampung Wira Damai dan sebuah padang berhampiran.

"Mereka beritahu kami tidak dibenar menggunakan tapak ini untuk cermah malam nanti.

"Kami telah memohon permit (ceramah) di bawah nama BERSIH dua atau tiga minggu lalu sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa perkataan 'BERSIH' tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amirudin pihak polis juga tidak memberikan alasan yang jelas berhubung mengapa tapak ceramah Pakatan itu disita tetapi percaya ia ada kaitan dengan penggunaan perkatan 'BERSIH'.

Persatuan penduduk kampung itu telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan ketua balai polis Gombak menerusi peguam mereka Zulkarnain Lukman dan Zulhazmi Shariff, bagi mendapatkan penjelasan.

Zulkarnain berkata pihak polis enggan berbincang meskipun mereka telah menunggu selama sejam. Tindakan itu memaksa mereka membuat laporan polis terhadap pegawai polis berkenaan.

malaysiakini/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BAGUS, BAGUS polis bertindak begitu, dengan demikian boleh menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk membenci umnoapco laknatullah. polis sedang mengempang air yang sedang mencurah dari bukit, bilamana sudah melimpah pasti empang akan pecah, semoga banjir besar akan berlaku dan meranapkan golongan rasuah, penyeleweng, penzalim dan segala yang kotor, ketika itu kita tidak perlu dibersihkan lagi, kerana yang kotor telah 'dihancurkan'

Tanpa Nama berkata...

SUDAH SAMPAI MASANYA UNDANG-UNDANG TIDAK PERLU DIPATUH LAGI, AYUH!!!

Tanpa Nama berkata...

Apco telah berjaya mengkucar-kacirkan keamanan Msia dengan melembukan umno dan polis.....kita lawan terus

Tanpa Nama berkata...

memang mangkok betul puak2 tak tahu undang2 ni
belakon kata bersih sebenarnya puak hati terlalu kotor!

Tanpa Nama berkata...

memang mangkok pengikut bersih nie

pakjol64 berkata...

Najis:"Mah, you ambik telur i ka?"
pendak: "ni ha..... i dok genggam nii"

Benci amalan jijik berkata...

Polis tak suka amalan2 BERSIH, mereka lebi suka amalan2 kotor dan jijik. Payah2 bako aje yop....he..he...he...heeeeeeee

benci be-End berkata...

Kita bako...kita bako...kahkahkah!